Sunday, August 29, 2010

Ramadhan

Sekitar tahun 70an,di waktu usiaku diperingkat sekolah rendah ramadan yang kami lalui adalah suasana yang amat menggembirakan. Diwaktu itu kami belum didedahkan dengan solat terawikh., Hanya kaum Adam sahaja yang berterawikh.Jadi hanya abang dan abah sahaja yang berterawikh. Di rumah kami hanya melihat abah pergi saban malam.Bunyi kentong setiap malan oleh abang dan gengnya menghidupkan lagi suasana ramadhan.

Dikampung tiada pasar ramdhan.jadi setiap petang kami akan membuat sendiri kuihmuih dan juadah berbuka puasa.Apa saja lauk yang di masak oleh emak tidak pernah kami menolak sebab kami memang tiada pilihan lain.Walau hanya pucuk paku rebus dan ikan goreng kami tetap gembira.Kami tetap merasai keenakan masakan mak.Begitu juga diwaktu sahur,Lauk yang menjadi kegemaran kami adalah telur masin.Air teh hangat yang menjadi minuman adalah air yang paling sedap kerana air buatan mak sendiri.Masih ku ingat abang sepupu yang berkerja sebagai askar akan memberi bebrapa tin daging yang telah siap dimasak kepada kami jadi dapatlah kami merasa lauk yang sedap.

Saat yang kami tunggu tunggu adalah suatu hari yang di panggil 'Munjung'. Di hari itu emak akan memasak lauk yang banyak untuk di hantar kerumah suadaramara dan jiran-jiran .Aku dan abanglah yang selalu menghantar makanan yang kami masukkan kedalam tipin atau sekarang dikenali dengan nama mangkuk tingkat.Kami pergi dengan menunggang basikal.Untuk saudara yang agak jauh dari rumah seperti rumah wak kun atau cik purah abahlah yang menghantarnya.Sekiranya saudaramara atau jiran juga membuat 'munjung' pada hari yang sama ,kami akan mendapat balasan lauk dan makanan ,sekira tidak maka kami akan mendapat balasannya selang beberapa hari.Jadi beberapa hari tu dapatlah kami merasa lauk yang sedap. Ada ayam ,ada daging dan kesukaanku adalah ayam masak kari dengan rempah basah yang abah beli di pasar besar.
Persiapan raya menyeronokkan.Kami menunggununggu 'Bai' si penjual kain yang boleh dibeli secara ansuran.Walaupun kami mendapat seorang sepasang baju kami tetap gembira.Kesemua baju kami dijahit sendiri olih mak dan aku akan menolong mak memasangkan butang atau mengelim tepi baju dan itulah permulaan aku belajar menjahit.

Membuat kuih raya juga menyeronokkan.Masih ku ingat along yang pandai membuat kuih kerang dengan acuan yang dibuat sendiri,selalunya selepas terawikh dia akan menolong kami membuat kuih yang dibakar di oven hitam butterfly yang dibeli oleh abah. Mak juga akan membuat bahulu lapis kegemaranku yang dilapis dengan kismis dan kacang.Kami membakarnya dengan arang dan sabut kelapa. Mak selalu berpesan jika nak makan ambillah yang kurang cantik yang cantik kita nak jamu pada tetamu.Jadi kadangkadang kami berpakat dengan abang mari kita hanguskan sikit supaya dapat makan.

Masih ku ingat suatu pagi sedang kami membuat biskut coklat tibatiba adik kecilku si siti yang baru bangun dari tidur terus berlari dan memijak acuan yang telah kami terap.Apalagi melentinglah mak pada ketika itu.Terpaksalah kami membuat aduan yang baru dan mengawal sikecil agar tidak melalui tempat kami membuat kuih.

Minggu akhir ramdhan adalah hari yang paling sibuk.Kami akan membasuh lantai rumah ,jika hari hujan mudahlah sedikit kerja kami jika tidak penatnya tidak terkata Kerana perlu ke parit untuk mencedok air. Mencabut rumput,menyapu halaman dan menyusun atur pokok bunga.Memang ditakdirkan aku yang membesar bersama abang menjadikan sifatku agak kasar dan bersedia untuk membuat kerjakerja itu semua berbanding kakakku yang agak montel.Kayu api memang sudah tersedia di bangsal jadi dalam ramdan kuranglah kerje kami.

Kami melalui ramdhan dengan penuh rasa gembira .kami menunggu nunggu lailatul Qadar dengan memasang pelita agar malaikat nampak rumah kami.Pesta pelita juga menjadi keseronokan.Semua rumah akan dihias dengan pelita dan di jalan utama kampung akan dibina pintu gerbang yang cantek sekali.

Radio adalah medium utama pada masa itu , hanya rumah 'orang kaya' sahaja yang ada peti television, jadi kami akan sentiasa mendengar lagulagu raya dari radio.

Zaman telah berubah, kini aku adalah seorang emak kepada anak-anakku,Peredaran waktu telah merubah suasana ramdhan yang lebih dihayati.Menjalani rutin bertarawikh bersama anakanak mengajak mindaku menginsafi alangkah beruntungnya anak-anakku zaman ini. Jemaah di nazariah separuh darinya adalah anak-anak dibawah umur 15 tahun.Walau ada masa mereka agak bermain seperti che Aa dan yasmin tetapi aku membayangkan merekalah yang bakal memenuhkan ruang solat wanita di nazariah kerana generasi Y telah semakin mengecil bilangannya.

Aku membanyangkan semuga semaakin ramai para ibu yang menghargai ramadhan dengan menggalakkan anak-anak belajar bertarawikh,Walau hanya pandai mengucapkan AMIIN kepada pak imam tetapi itulah yang kita mahu.

Semuga ramdhan kali ini dapat memdidik diriku agar lebih menghargai erti sebuah kehidupan.

Terima kasih kepada buah hatiku,anakanak yang menjadi sumber inspirasi kehidupanku kerana tanpa panggilan ummi dari mereka aku bukanlah seorang IBU.