Sunday, January 15, 2012

Ombak rindu

Hari hari yg ku lalui menyibukkan diri dgnmekar yg beranak 8 sedikit sebanyak menghiburkan hatiku dgn kerinduan padanye. Terasa sunyi tanpanye di rumah,aku dan Hubby tertunggu tunggu hari cuti utk bertemunye.Keriuhan anak anak menyemarakkan suasana yang sepi di rumah dgn tikaman lidah mereka. Masingmasing dgn pendapat sepesial mereka.

Agaknye itulah perasaan ibuku yang sentiasa tertunggutunggu aku menalipunnya. Bila lambat mendengar suaraku mula lah ibu berdahuluan berkata "marah kat mak ke" Merajuk Ke""Nape lamaX talipun" Aku seperti biasa dgn ayat manja "ala mak sibuk sikitla ingat nak talipun malam alih-alih dan lewat, Alhamdulillah ada foto ibu bila talipun ibu berdering di talipunku hilanglah kerinduanku padanya.

Kini ku mengerti perasaan hati seorang ibu . Apalah yang di harapkan dari anak-anaknya selain senyuman dan suara yang lunak .Aku memang tidak dapat membelikan barangan berharga buat mak hanya kasih sayangku buat mak yg dapat ku berikan.

Hati ibu memang sensetif ,teringat ku masa bercuti di selatan baru baru ini, kami dah nak chek out tapi mam minta nak mengurus dirinye dahulu, Aku seperti biasa mengalah dengan mak
dan membawa mak ke rumah tumpangan ku ruparupanya mak nak aku sikatkan rambutnye.
Itulah seronoknye bila kita jadi anakmak, Mak seperti biasa penuh dgn senyuman dan siapkan jerlah diri utk menjadi good listerner.

Anak-anakku merekalah penawar suka dan dukaku walaupun terkadang terguris dgn tingkahlakunya . Rasanye aku amat jarang berkasar dgn ibuku tapi entahlaah anak2 sekarang Kami dahulu berlumba2 untuk makan bersama mak dan abah tapi sekarang lbh selesa makan sendiri . Ampuni Mereka Ya Allah Lindungilah mereka dan tetapkan Mereka dalam iman. Sesungguhnya Merekalah yang Bakal Meneruskan cita2 dan perjuanganku.Semuga anakanakku dapt mempersiapkan diri untuk menjadi ibu yang solehah buat cucucucuku.




Sunday, May 22, 2011

Hujung minggu ini

sudah lama tidak mengintai bertahun tahun kami menambah kesibukan duty harian sehingga situasi telah banyak yang berubah.Anak-anak kecoh menyoal kenapa dan mengapa umi tidak bawa kami ke sini kan tempat ni dekat jer dengan rumah kita. Jawapan dari ku entahlah n so sorry umi dan babe kan selalu banyak kerja. Hujung minggu je bersilih ganti menghantar kakak2 balik hostel.

ptg itu kami menyertai kumpulan besar keluarga hubby.Masingmasing dengan kerenahnya, Riuh rendah anakanak berlarian diselangi dengan rengekan para cucu cucu membuatkan suasana agak kelamkabut. Sebelah malamnye acara seperti biasa acara makan makan dan persembahan family.
Seronok si alin dengan tarian zapinnya, emy n the gang dengan sajak, pakcik family dgn nasyid,intan n anak sedara yg menukar lagu rossa dan akan di jadikan lagu tema keluarga dan seperti biasa anak2ku dengan rangkaian nyanyian,poeim n aku sendiri tekateki keluarga. Bila kami di umumkan pemenang wah bangga gitu.Anakk2ku memang kreatif bab seni.

Acara kemuncak kami ialah menghidupkan malam bersama tuan Haji Ariff.Keheningan malam begitu terasa di celah celah rimba itu. Paginya kami berbasikal dan sebelum balik kami berhasrat akan melawati tempat itu lagi dan yang pastinya akam membawa nadya bersama kerana habby kata tak best tanpa nadya.

Penat yang kami dapat tetapi kepuasan terpancar di wajah kami sambil menikmati cendol di section 11 kami berjanji akan datang lagi,Bukit Cerakah kami akan menjadi tetamu mu lagi di penghujung oktober.

Tuesday, May 17, 2011

nikmat yang hilang

Si Abang ada seorang adik yang kondisinya amat berberbeza dari semua aspek. Si abang seorang yang handsome,punye kedudukan dalam masyarakat,pandai dan mempunyai keluarga yang besar. Sedari kecil si adik hidup di bayangi si abang.Semua family memuji muji si abang almaklumlah si abang seorang graduate lulusan sebuah university di UK.

Si adik yang sememangnye kurang dari segi penampilan dan perwatakan cuba keluar dari kepompong hidup bayangan si abang tetapi kecacatan kekal kurniaan ilahi menyebabkan adalah suatu yangmustahil bagi si adik menyamai si abang.

Masa terus berlalu siadik yang sedia menerima seadanya segala takdir Ilahi menempuh hidupnya dan telah berusaha membina kehidupannya sendiri. Si abang yang secara tabiienya selalu merasakan dirinya adalah yang terbaik selalu mendapat pujian dari segenap lapisan masyarakat.Dengan kuasa yang ada padanya membuatkan dia lupa yang segala perbuatannya terhadap adiknya adalah suatu dosa.

Si adik selalu merasa rendah diri bila bersama si abang mentelahan lagi dengan kekurangan fizikalnya.Apa saja usha yang di lakukan oleh siadik sering saja menjadi bahan ejekan dan persendeaan si abang.Kerana merasakana si adik tidak pernah sensitif dengan apa yang dipertuturkan olehnya, si abang terusterusan mencari kesalahan demi kesalahan si adik mentelah lagi si adik tidak pernah menjawab baitbait pertuturan si abang.
Si adik yang sedar dengan kekurangannya sering berdoa agar Allah memberikannya peluang untuk menikmati hidup ini dengan penuh redha.

Satu ketika si abang telah mendapat kemalangan yang teruk hingga merosakkankan buah pinggangnye. Melihat keadaan si abang yang sedang berjuang dengan hidup si adik dengan rela hati mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada si abang dan berdoa agar segala kebaikan yang dilakukannya itu mendapat balasan dari Allah. Semasa proses pembedahan itu si adik telah mendapat mimpi yang ia telah melihat cahaya bulan yang begitu terang menyinari tubuhnya. Keasokkan harinya dia mendapati yang dirinya telah boleh bercakap seperti biasa dan mendengar semula.
Dia bersyukur dengan kurniaan Dari ilahi dan merahsiakan segala anugerah itu untuk diberitahu kepada abangnye.Sesampainye di katil si abang dia telah mendengar si abang bercakapcakap dengan isterinya yang mengatakan dia menyesal diatas segala perbuatannya terhadap adiknya selama ini.Si abang menangis teresaakesak kerana walaupun dia selalu mempersendakan adiknya ruparupanya si adik itulah yang menyelamatkan nyawanye.Siadik yang mendengar terus menangis dan berlalu kerana selama ini dia tidak pernah tahu yang si abang itu begitu jahat terhadapnye.
Si adik yang baru merasai nikmat pendengaran merasa menyesal dengan nikmat yang di terima kerana selama ini dia tidak pernah mendengar ape ape pun yang diperkatakan oleh si abang dan mengharap agar pendengarannya di pekakkan semula.

Allah maha mengetahui akan segala yang berlaku,si adik dengan penuh kekesalan telah membawa diri jauh dari keluarganya hanya kerana tidak mahu mendengar katakata kejian lagi.
Siadik telah membina kerjayanye sendiri dan berkat keikhlasanya; Allah membalasi segala nya dengan nikmat kehidupan yang lebih tentram dan aman.Si abang terus terusan menyesali hidupnya kerana selama ini dia tidak pernah menikmati hidup sebagai seorang abang yang baik. Berbagai usaha dilakukan untuk mencari si adik tetapi si adik tetap mendiamkan diri.

Akhirnya si abang meninggal dalam kekesalan yang amat sangat kerana serangan jantung diawal subuh. Seluruh kampung menangisi kematiannya dan proses pemakamannya dilangsungkan dengan segera. Pada hari yang sama si adik telah pulang ke kampung itu dengan hasrat untuk menziarahi si abang .Si adik terus keperkuburan kerana jenazah si abang tidak dapat dimasukkan kedalam liang lahat.Si adik terus memangku jenazah si abang dan dengan izin Allah swt jua jenazah itu dapat di makamkan.Seluruh keluarge terkejut dengan peristiwa itu mentelahan lagi setelah semuanye mengetahui yang si adik telah boleh berkatakata dan mendengar semula.Mereka berasa insaf diatas segala tindakan mereka.

Siadik dalam cerita ini asalnya adalah seorang yang bisu dan pekak.

Maka Nikmatilah anugerah yang telah Allah berikan kepada kamu.

Wednesday, May 11, 2011

peristiwa demi peristiwa umpama untaian mutiara yg terjalin indah .Tersusun rapi di dalam folder mindaku.Hari-hari berlalu amat tangkas ,baru ku baca dairi isninku aah kini khamis menjelang tanpa dipinta.
Mimpiku adalah mimpi yang kekadang ku mengharapkan keujudannya di alam nyata . Namun bisakah ku mengubah atau hanya sekadar mengharap Ianya bakal menjadi kenyataan.
Kini di ambang memasuki alam warga emas aku mula merasakan beberapa hal ygsepatutnya telah ku gapai. Terasa malu memikirkan beberapa citacita yang tak kesampaian. apa pun aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udaraMu Ya Ilahi,
Apapun jua hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Monday, December 20, 2010

perkongsian ceritaa

Kak boleh datang rumah ,kaki saya ni sakit sangat! suara halus dihujung talian. Seperti biasa malam itu bertemankan hubby daku menyusuri jalan di daerah asing itu untuk bertemu teman baruku.
Anak-anak sudah arif dengan tugasku,Jika daerah yang hendak di tuju di sekitar kediamanku daku bisa pergi sendiri namun jika agak jauh selalunya hubby atau anak sulungku lah yang akan menemaniku.
Kerjayaku kini bisa menemukanku dengan berbagai status kehidupan. Ada yang dari kalangan cerdik pandai,orang kenamaan,golongan profesional dan yang lainlainnya.Berkongsi pengalaman dan kemahiran adalah suatu yang menyeronokkan.Semasa sessi terapy berjalan daku mencari peluang bertanya apa2 permasaalahan yang boleh menambahkan pengetahuanku. Perkongsian pengalaman dan pengetahuan dengan seorang doktor muda dari hospital Tuanku Bahiyah Menukar persepsiku tentang susu ibu sebelah kiri dan kanan. Bersama guruguru daku berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak dan mencari idea2 baru teknik pendisplinan.
Panggilan dari putrajaya semasa ku berada nun di BatuKurau menemani hubby bertugas di luar daerah agak mengecutkan perutku. Almaklumlah hendak pergi ke rumah seorang 'Datuk' yang berpengaruh.Namun sangkaanku meleset kerana ternyata seorang datin yang amat peramah itu amat merendah diri dan menyenangi kehadiranku.Pengalamanku bersama seorang Nigerian yang hanya bisa berbahasa Inggeris membuka luas mindaku bahawa mereka adalah individu yang amat berbudibahasa.
Bersama puan Chin dakubelajar tentang herbaherba Cina yang amat bagus untuk ibuibu selepas bersalin dan kesediaannya merasai kepanasan tungku dan memakai barut berherba membuka mindaku yang sebenarnya amalan tradisi bangsa kita juga disenangi olih sebahagian dari golongan bangsa asing.
Berbagaibagai kerenah yang kutemui adalah menjadi hiburan dan bahan gelak jenakaku.Selalunya semasa kami dalam perjalan pulang daku dan anak sulungku akan berkongsi pengalaman yang kami lalui di rumah client dan ada peristiwa2 lucu yang kami kongsikan bersama,
Menyelami perasaan kelegaan yang terpancar di wajah client selepas sessi2 trapy dan sauna adalah suatu kepuasan bagiku.Ajakan dan saranan,Lain kali saya akan contact akak semula adalah suatu janji yang pastinya akan daku tunggu2 harinya.

Terimakaseh Yang Maha Pengaseh lagi Penyayang di atas kurniaanMu kepada hambamu ini.Berilah daku Kekuatan Wahai Ya Qowii Ya Qahhar agar daku masih bisa membantu sesama saudaraku yang sedang berada di dalam kesulitan.
Sihatkanlah tubuh badanku dan lapangkanlah masaku Wahai Fattah Ya Haliim
Amiin Ya Robbal Aalamiin

hobi baru

Kesibukan sepanjang musim cuti sekolah ini menambahkan kerinduan pada ibu di kampung.
Adik yang kesekolah hampir setiap hari menafikan hasrat untuk pulang kekampung.
Menghadiri sessi bersama kbm di impian resort adalah suatu pengalaman yang tidak dapat di kongsi bersama sesiapa pun.
Rutin harianku sekiranya tiada sebarang temujanji dengan pelanggan adalah memanjakan hobi baruku .Menyahut cabaran dari yan, aku mula membeli tanah ,polybag dan anak benih. Setiap hari disudut yang hanya selebar 4 kaki persegi itulah daku berinteraksi dengan makhluk ciptaan ilahi yang hanya pandai merenungku tanpa menjawab salamku. Melihat perkembangan tumbesarannya bisa membuat hatiku merasa segar,Butir2 cili,helaian dedaun kesum,kari, rumpunan serai, anak2 kacang amat membahagiakan sekali.Jambangan orkid saban harimenyapaku menambahkan kasihku pada mereka.Setiap hari ku ucapkan salam kepadanya mengingatkan daku ibu dikampung yang berdialog dalam bahasa ibundanya bila berinteraksi dengan pepohon dan kucing.
Biarpun terasa amat kecilnya halamanku,walau diperli olih tetangga yang mengatakan menanam ni kene ada ilmu aku lebih memilih untuk berdiam.
Pokok mangga ni aku nak tebang. Aku yang sedang bersantai bersama kak anim terkejut dengan saranan itu. Yang peliknya pohon mangga itu dikawasan kami,itulah manusia yang tidak pernah puas ada2 saja helahnya untuk mencari cacat cela oranglain.Ketegangan berlaku seketika
Aku seperti biasa lebih memilih untuk berdiam.
Jom gi senaman terapi di selayang.Wah petang itu aku dengan penuh semangat mengikut kak anim,kak eton dan kas.Kami akhirnya ketawa berdekahdekah bukan senaman terapy rupa2nye senaman One Malaysia.Baiklah hubby no komen masa aku balik lewat petang itu.
Jom cek jisim tulang umi kata hanan di jaya jusco tempat kerja barunya.Akuberdebar juga dengan usiaku bmanalah kadarnya.Hei tulang kakak agak baik berbanding usia kak,kata nutritionist anlene yang kukira hampr sebaya anak sulungku.Alhamdulillah syukur .agaknya inilah kesan aku meminum susu kambing,gtc dan mengurangkan kadar minuman berkarbonat dan berwarna.
Kita hendaklah sentiasa mengucapkan kesyukuran di atas pemberian Ilahi kepada kita, terimalah seadanya diri kita ini .

Wednesday, December 15, 2010

Opal Sauna



Harga : RM600


Penghantaran
By Hand : RM15
Pos : RM10 (Semenanjung Malaysia)
RM50 (Sabah/Sarawak)