Dewan yang gah itu amat sukar untuk digapai. Anak-anak tangga itu kelihatan sayup di kejauhan.Kasihan kepada bebrapa kakak yang kelihatan amat payah untuk meniti.
Akhirnya sampai jua ke ruangan yang gah itu.Setiap wajah yang ditemui ada yang agak tergamam, ada yang terkejut dan ada yang sekadar menyatakan kesyukuran.Ima seperti biasa mula menapak untuk mencari tempat yang agak setratejik. Ima melihat kelibat seseorang,Hatinya berdetik dan jantungnya berdegup agak kencang.Kami berpandangan dan pautan tangan berserta tangisan belum dapat meredakan kerinduan selama hampir 20 tahun .Kami tenggelam dalam kehibaan,tiada kata-kata yang terucap hanya beberapa kalimah yang sempat diucapkan.
Waktu untuk memulai acara Ima mencari posisi di sebelah seorang teman lama dari Sg. Petani.Ooh Kak beb! rindunya, sekali lagi deraian airmataku tumpah.Dialah individu yg terawal ku kenali di Kl 30 tahun yang lalu.Waktu untuk menambil sarapan adalah waktu yang amat sibuk.Ramai di kalangan yang datang dari luar kota kelihatan amat lapar.
Pertemuan demi pertemuan dengan sahabat,rata-rata ada yang telah melebihi 15 tahun menimbulkan suasana yang agak syahdu .Ima bertemu kak gg yang kekal ayu ,Kak Pawy yang masih slim seperti dulu. Ima teruja dengan bisikanbisikan nakal, eeh you dah berisilah,penampilan you sudah berbezalah membuatkan Ima berfikir sejenak .Sudah tuakah aku kini.Ooh kak Ani rindunya padamu membuatkan daku terasa nyaman di dalam pelukannya.Mahayati yang pernah tidur sebantal dengannya,Kak Hasnah tempatku selalu lepak di keramat,Kak Faezah yang ternyata kini telah menjadi Pengurus Syarikat.Daku melihat kelibat Mazlina sepupuku dari Kelantan,sambil menunjukkan fotokubersama ibuku,ini ibu saudaramu yang mungkin kau pun dah lupa wajahnya.Terkejut ku melihat nama Dr Ote Maskon di Sekrin sebagai individu yang penting.Itu kawan sekampungku bisikku pada kak Noriah di sebelahku.
Begitulah suasana di dewan itu. Masingmasing memcari dan terus memcari.Ima masih mencari seseorang. Tetapi dia hanya berharap jika itu yang terbaik baginya dapatlah ia bertemu dengan hambaAllah itu.Agak lewat selepas menunggu seorang rakan bersolat menyebabkan Ima tiada menemui kerusi yang kosong,Lambaian tangan dari seseorang dan pelukan jua ucapan syukur dibibir kerana bertemu kak lili yang datang dari Australia,ditambah dengan senyuman kak Zah mendamaikan jiwa ini.
Petang itu makin ramai sahabat yang ku temui,kami bertukartukar alamat,salin menyalin no talipun dan dikesempatan itu jua daku sempat memberikan hadiah buat dua sahabatku yang paling ku rindui. Sebuah buku cerita buat Pah yang pernah berkongsi rasa suka du
ka dan sebuah buku ASma Ul Husna buat Lid.Pada Lid ima berpesan, Inilah buku yang paling ku sayangi dan teman kemana sahaja ku pergi kini ku serahkan dia padamu tanda kasihsayangku padamu.
Menjelang senja daku bertekat jua untuk mencari seseorang .Dikabarkan ia ada di barisan hadapan sekali. Sabar jua hatiku melihatnya dikerumuni sahabatsahabat lamanya.Peluang yang ku nanti akhirnya tiba jua.Hampir duapuluh tahun kami dengan haluan sendiri.Dari anak-anaknya kecil dipangkuanku kini telah menjadi seorang nenek.Dia yang rasanya tidak menyangka bahawa daku yang berada dihadapannya.Dia menangis,menciumku berkalikali dan memelukku dengan erat sekali.Masa amat singkat sekali .Tiada kata yang dapat terucap kami berpisah setelah kami bergambar bersama sebagai kenangkenangan.
Itulah keajaiban yang tercipta dan diciptakan oleh Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang menitipkan rasa kasih dan sayang di dalam hati Hambanya.
Bersyukur keHadrat Ilahi dengan pertemuan pertemuan itu dan Terasa sebahagian dari kerinduan dengan sahabatsahabat terlerai pada hari bersejarah itu.
Terimakasih Ya Allah kerana masih memberi daku peluang ini.
Ampuni daku Ya Robbi,Sesungguhnya Daku termasuk dalam Golongan Hamba-hambamu Yang lalai.
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago