Saturday, June 15, 2019

episod satu

Jom kita gi umrah 

terkejut dengan sapaan itu 
Sungguh ke bang
memulakan langkah mencari cari travel agency yg sesuai dgn budget,masa dan tarikh .
bang kita bawak semua anak kita nak sapa ku
cukup ke budget kita balasnya
InsyaAllah cukup 
perbincangan demi perbincangan tangan sibuk mendail mencari travel .
anak anak pun sama terutamanya Sakinah bertanya dan mencari info
akhirnya kami tertarik dengan travel agency Tiram ,
appoiment dibuat dan kami setuju dengan syarat syarat dan beberape persediaan perlu didahulukan 
pasport
foto ukuran passport untuk visa dan 
suntikan 
segalanye perlu disegerakan beserta dengan wang untuk tambang dan penginapan di sana.
selesai segala urusan kami ke pejabat Tiram cawangan Ampang kira itu yang terdekat dengan rumah kediaman kami.
pegawai membuat catatan dan tarikh yang kami pilih adalah 3 hb Mac 2019 dengan penerbangan terus ke Madinah .

Selesai segala urusan pembayaran kami pun beredar setelah mendapat beg bagasi terdiri  bag baju beg dan beg sandang,berpeluh jugajlah anak anak menyusun beg didalam bonet kereta. 
 Kaqmi singgah di Kpj Ampang Puteri menziarahi cikgu Alia(bonda) yg baru pulang dari umrah dan menjalani rawatan untuk sakit yang dialami setelah balik dqari umrah .
Banyak tips tips yang diberi olih cikgu Alia terima kasih cikgu .
Panggilan talipun dr staff Tiram menyebabkan kami datang semula ke pej yang jaraknya dalam 200 meter dr Kpj Ampang dan setelah berbincang tarihk kami di pinda ketarikh baru
  11 hb Februari 2019 hingga 22hb Februari @019 dgn penerbangan AirAsia dr klia 2

0 komen:

Post a Comment