Si adik yang sememangnye kurang dari segi penampilan dan perwatakan cuba keluar dari kepompong hidup bayangan si abang tetapi kecacatan kekal kurniaan ilahi menyebabkan adalah suatu yangmustahil bagi si adik menyamai si abang.
Masa terus berlalu siadik yang sedia menerima seadanya segala takdir Ilahi menempuh hidupnya dan telah berusaha membina kehidupannya sendiri. Si abang yang secara tabiienya selalu merasakan dirinya adalah yang terbaik selalu mendapat pujian dari segenap lapisan masyarakat.Dengan kuasa yang ada padanya membuatkan dia lupa yang segala perbuatannya terhadap adiknya adalah suatu dosa.
Si adik selalu merasa rendah diri bila bersama si abang mentelahan lagi dengan kekurangan fizikalnya.Apa saja usha yang di lakukan oleh siadik sering saja menjadi bahan ejekan dan persendeaan si abang.Kerana merasakana si adik tidak pernah sensitif dengan apa yang dipertuturkan olehnya, si abang terusterusan mencari kesalahan demi kesalahan si adik mentelah lagi si adik tidak pernah menjawab baitbait pertuturan si abang.
Si adik yang sedar dengan kekurangannya sering berdoa agar Allah memberikannya peluang untuk menikmati hidup ini dengan penuh redha.
Satu ketika si abang telah mendapat kemalangan yang teruk hingga merosakkankan buah pinggangnye. Melihat keadaan si abang yang sedang berjuang dengan hidup si adik dengan rela hati mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada si abang dan berdoa agar segala kebaikan yang dilakukannya itu mendapat balasan dari Allah. Semasa proses pembedahan itu si adik telah mendapat mimpi yang ia telah melihat cahaya bulan yang begitu terang menyinari tubuhnya. Keasokkan harinya dia mendapati yang dirinya telah boleh bercakap seperti biasa dan mendengar semula.
Dia bersyukur dengan kurniaan Dari ilahi dan merahsiakan segala anugerah itu untuk diberitahu kepada abangnye.Sesampainye di katil si abang dia telah mendengar si abang bercakapcakap dengan isterinya yang mengatakan dia menyesal diatas segala perbuatannya terhadap adiknya selama ini.Si abang menangis teresaakesak kerana walaupun dia selalu mempersendakan adiknya ruparupanya si adik itulah yang menyelamatkan nyawanye.Siadik yang mendengar terus menangis dan berlalu kerana selama ini dia tidak pernah tahu yang si abang itu begitu jahat terhadapnye.
Si adik yang baru merasai nikmat pendengaran merasa menyesal dengan nikmat yang di terima kerana selama ini dia tidak pernah mendengar ape ape pun yang diperkatakan oleh si abang dan mengharap agar pendengarannya di pekakkan semula.
Allah maha mengetahui akan segala yang berlaku,si adik dengan penuh kekesalan telah membawa diri jauh dari keluarganya hanya kerana tidak mahu mendengar katakata kejian lagi.
Siadik telah membina kerjayanye sendiri dan berkat keikhlasanya; Allah membalasi segala nya dengan nikmat kehidupan yang lebih tentram dan aman.Si abang terus terusan menyesali hidupnya kerana selama ini dia tidak pernah menikmati hidup sebagai seorang abang yang baik. Berbagai usaha dilakukan untuk mencari si adik tetapi si adik tetap mendiamkan diri.
Akhirnya si abang meninggal dalam kekesalan yang amat sangat kerana serangan jantung diawal subuh. Seluruh kampung menangisi kematiannya dan proses pemakamannya dilangsungkan dengan segera. Pada hari yang sama si adik telah pulang ke kampung itu dengan hasrat untuk menziarahi si abang .Si adik terus keperkuburan kerana jenazah si abang tidak dapat dimasukkan kedalam liang lahat.Si adik terus memangku jenazah si abang dan dengan izin Allah swt jua jenazah itu dapat di makamkan.Seluruh keluarge terkejut dengan peristiwa itu mentelahan lagi setelah semuanye mengetahui yang si adik telah boleh berkatakata dan mendengar semula.Mereka berasa insaf diatas segala tindakan mereka.
Siadik dalam cerita ini asalnya adalah seorang yang bisu dan pekak.
Maka Nikmatilah anugerah yang telah Allah berikan kepada kamu.
0 komen:
Post a Comment