Tuesday, November 24, 2009

selingkar kisah

Boleh tolong tak .Jari kak nab tak boleh bengkok ni.Tetapi aku menolak dengan baik kerana beberapa hal di awalnya.Mungkin kerana aura yang kuat antara kami aku menziarahinya juga. Melihat caranya memang kesakitan itu amat terasa. Suri telah mengurut di awalnya dan aku hanya menyudahkan.Alhamdulillah kak nab lega akhirnya.

"Jom ada patient kat keramat wangsa" Nun dihujung talian kak nab berbicara. Esok petangnya ku redah hujan lebat untuk menolong patient yang sakit di kakinya.

Begitulah rutin ku kiranya ada panggilan.Aku walaupun agak penat tetapi merasakan agak bersyukur dapat menolong segelintir kawan-kawan yang mengharapkan ketegangan yang mereka rasakan dapat di kurangkan atau dihilangkan.

"Boleh buat facial tak" Kata ina.Wah ini suatu bidang yang baru ni. Pertemuan dengan Ms Kaur di Azimuth Centre sebenarnya telah agak membuka mindaku. Mengapa tidak ku masukkan pakej ini sekali dalam bidangku."Berapa agaknya yang diperlukan, product dan barangan lain". Tanya Hubby petang itu memberikan suntikan baru buatku.Memang selama ini hubby seorang yang tenang bila isu isu begini ku utarakan.

"Boleh tak tolong urut anak akak" ,anak kak baru empat hari bersalin.
Pinta kak yani. Pagi semalam aku berjumpa ana yang ruparupanya berjiran dengan anak muridku yang juga kawannya. Kecilnya duniaku ini. Pusingpusing ketemu orang yang saling berkait.

Pertemuan dengan Ooi adalah suatu yang tidak pernah ku duga walaupun aku selalu berangan . "Kak im nak buat gigi palsu tak,ni ada student ukm nak buat project". Aah ini peluang atau hadiah dari Allah.Aku mengajak kak ton yang ternyata memang berhajat sangatsangat.Kami pergi ke ukm menaikki Metro. Kira ok lah dan ternyata Ooi yang berlainan bangsa dan budaya amat disenangi perwatakannya. Mesti Hanan suka jumpa Ooi bisik hati kecilku.Dia menemaniku hingga selesai dan pada pertemuan kedua yang menyeronokkan si cute Nadya dapat membuat tampalan Percuma walaupun pada awalnya si manis ayu dan di manja mira yang berangan untuk mendapat tampalan gigi.

Hidup ini adalah ketentuan Ilahi. Memang segalanya diaturkan oleh Ilahi.Aku yang membayangkan akan mendapat cabutan di sebelah kiri ruparupanya dikanan ku yang hilang.Yang membuat aku tergelak bila doktor Anith Farhana kata puan tak boleh makan panas,makanan yang keras, tak boleh guna geraham, sudahnya aku kelaparan hari itu hanya menjamah roti telor bersalut gula di rumah may di sungai Buloh.

Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha buat Maryam di Kelantan.Hanan are you happy di rumah baru good luck for you my dear you are my lovely doughter. Buat Mawad Umi rindukan mu selalu Raya ni kurangla tenaga yang menolong umi masak juadah,nenek akan datang rumah kita .YES.

Monday, November 9, 2009

Lewat malam

KLIA adalah tempat tumpuan ribuan manusia berbagai status.
Ragam manusia dengan penuh gaya,citarasa dan harga diri boleh diterjemahkan disitu.
Menanti waktu untuk melepaskan permata hatiku adalah suatu tempoh yang amat berat untuk ku terjemahkan dengan untaian katakata.

Melihat pergerakan manusia yang sibuk dengan urusan sendiri. Ada yang berlari lari, ada yang mengesat pipi tuanya,ada yang memarahi seseorang, ada yang sibuk melayan kerenah anak anak.Tempat itu memang mempunyai seribu satu cerita yang boleh di jadikan panduan dan menimbulkan keinsafan.

Anak anak kecil berlarian, si aliya kecil berlari kearah Baby boy membuat kami semua merakamkan lensa kamera ke arahnya. Soerang ibu yang kurang sihat tersandar di kerusi menghantar anak perempuannya yang akan menyambung pelajaran di bumi ambiya.
Datuk yang jauh dari sempadan Perak dengan rasa bangganya berkata padaku "Saya mai antak cucu pi belajak kat Mesir" katanya dengan loghat perak pekatnya.

Melihat gelagat krew Imigresen yang agak mencuka, mungkin kepenatan, membuat kami agak cuak tetapi doa mendahului segalanya.Alhamdulillah luggage melepasi timbangan. Syukur.

Lewat tengahmalam itu di kaunter B kami melihat beberapa wajah pilu menyaksikan sebuah perpisahan antara ibu dan anak,adik dan kakak ,anak dan ayah.Sang isteri dan Suami dan kekasih dengan kekasihnya.Saling berpesan saling doa mendoakan. Semuga perpisahan ini akan ada pertemuannya kelak.Peluang berkenalan dengan Bada membuatkan hati ini mantap dalam menghadapi situasi genting itu.Apa tidaknya anaknya sepasang di sana dan ini perpisahan kedua mereka.

Melihat betapa jernihnya wajah anak anak yang akan meneruskan perjuangan dan jihad mereka di bumi ambiya itu terasa sejuk hatiku.Semuga anak-anak itu akan terus diberi perlindungan olih Yang di Atas dan sebagaimana hatiku yang telah meredhakan pemergiannya, kembalilah kau semula ke sini dengan segulung ijazah dan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh anakanak didikmu.Melihatnya menuruni tangga dengan baju dan tudung baru serba biru itu membuatkan hatiku terasa pilu dan sayu,Cepatcepat ku tolak troli untuk mengelakkan butiran butiran air jatuh dipipi dinginku.

Pergilah wahai penyejukmataku,semuga kenangan bersama selama tiga bulan ini akan sentiasa kau layarkan dikotak mindamu,Ibu doakan semuga dirimu sentiasa didalam pemeliharaan Allah selalu.

Thursday, November 5, 2009

suatu situasi

Antara perilaku yang boleh membuatkan anda naik darah

Anda sudah bangun seawal pagi,menyiapkan sarapan
sarapan tadi hanya di pandang sinis oleh orang orang yang melihatnya.
Adakah sarapan anda kurang menarik atau kurang sedap di mata orang lain.

Anda sudah lewat ke pejabat dan terpaksa membuat u turn di jalanraya yang
sibuk dan balik ke rumah kerana terlupa mengunci pintu belakang,tibatiba
anda tertekan alarm kancil anda secara tidak sengaja dan jiran anda telah
memakihamun anda kerana kesilapan itu dan menyindir anda dengan kata kata
cukup membuat telinga berasap.

Baju anda terkena ink pen di bahagian belakang kerana kecuaian pembantu rumah
untuk mengelakkan malu ditegur kawan di sekolah, anda mengambil beg yang baru
di beli oleh kakak anda dan anda dimarahi oleh kakak kerana memakai beg
barunya.

Anda dimarahi oleh bos anda sedangkan kesalahan itu bukan anda yang melakukan
nya dan mengugut untuk memotong gaji anda hanya kerana cleaner telah menukar
posisi susunatur mejanya.

Anda menempah baju di sebuah butik, sewaktu anda mengambil baju tersebut baju
yang berwarna hijau lembut telah bertukar kepada biru kundang.

Pokok pisang yang anda tanam telah berbuah dan anda ternantinanti untuk menik
mati buah pisang yang masak bersama family tibatiba buah itu telah dicuri oleh
jiran anda.

Anda amat sibuk hari itu kerana ada kenalan lama yang akan menziarahi anda
tibatiba kucing jiran anda telah mengotori sofa anda dengan harumannya dan
semua anak anda tidak mahu menolong anda membersihkannya.


Hidup ini hanyalah sebuah ilusi.
Dunia yang fana ini tidak akan kekal
Wajarkah anda marah atau naik darah.
Sifat siapa yang patut anda tonjolkan.
Ambillah dan jadikan ASMA UL HUSNA sebagai guardline hidup anda.



Beristigfarlah banyak banyak .

Wednesday, November 4, 2009

Bahagia

Apakah anda sudah Bahagia.

Bahagiakah hidup anda jika :

1.mempunyai Rumahtangga yang serba lengkap.

2. Mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan anda.

3.Mendapat suami yang anda amat cintai dan benar benar mencintai anda.

4.Sudah mendapat jumlah anak seperti yang anda jangkakan.

5. Hidup di kejiranan yang harmoni.

6.Anak-anak yang menurut kata
7.Mempunyai status dalam mesyarakat sekitar kejiranan anda .

8 Punya masa untuk pergi kemana sahaja yang anda mahu.

KITA LIHAT !

Berapa ramai orang yang telah punya segalanya dalam hidup ini yang hidup sendiri. ADa yang bercerai setelah hidup bersama lebih 30 tahun.Ada yang anak mereka terlibat dengan gejala sosial.
Bermacammacam lagi masalah yang sebenarnya ada dalam hidup ini.

Kenapa kita tidak belajar menerima seadanya hidup ini. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah kita terima. Udara yang kita sedut saban masa itu adalah suatu nikmat yang amat berharga buat kita. Kenapa perlu melihat orang lain lihatlah ke dalam dirimu sendiri.

Nikmat iman yang telah dikurniakan ilahi adalah nikmat yang hakiki.
Hargailah apa yang ada pada dirimu. hayatilah hidup ini dengan penuh rasa syukur. Mungkin kita telah ditakdirkan untuk menjadi seperti Khadijah yang mendapat kasihsayang suami atau Aisyah yang mndapat cinta suami.Bagaiman kiranya kita memang telah ditakdirkan menjadi permaisuri Asiah atau juga Seperti Isteri nabi Ayyub.

Semuga kita tidak menjadikan diri kita seperti isteri nabi Nuh dan Nabi Lut sudahlah.

Terima kasih Ya Robbi kerena masih memberi daku peluang untuk terus menghargai kehidupan ini.Teruslah membimbing daku agar nikmat iman yang tela hamba terima ini kekal di dalam ruang lingkup hidupku.

Anak anakku terimalah ibumu seadanya. Ibu tahu anak-anak lebih tinggi ilmu akademiknya berbanding ibu yang telah dimamah usia ini. Memang ibu telah lama makan garam tetapi garam yang ibu makan tidak sama masinnya dengan garam yang anakanak makan.

Wahai anak-anak semua.Belajarlah cara dan adab bila bercakap dengan ibu mu. Pilih dan pikir dulu perkataan demi perkataan yang akan kau lontarkan kepada ibumu. Pandanglah wajah ibumu.Walau seburukmana wajahnya itulah ibumu dan tetap termaktub sampai akhirhayatmu itulah ibumu.Ingat setiap anak hanya ada seorang ibu yang melahirkannya.Selamat mnjalani pepereksaan buat maryam di uia.Good Luck.