Boleh tolong tak .Jari kak nab tak boleh bengkok ni.Tetapi aku menolak dengan baik kerana beberapa hal di awalnya.Mungkin kerana aura yang kuat antara kami aku menziarahinya juga. Melihat caranya memang kesakitan itu amat terasa. Suri telah mengurut di awalnya dan aku hanya menyudahkan.Alhamdulillah kak nab lega akhirnya.
"Jom ada patient kat keramat wangsa" Nun dihujung talian kak nab berbicara. Esok petangnya ku redah hujan lebat untuk menolong patient yang sakit di kakinya.
Begitulah rutin ku kiranya ada panggilan.Aku walaupun agak penat tetapi merasakan agak bersyukur dapat menolong segelintir kawan-kawan yang mengharapkan ketegangan yang mereka rasakan dapat di kurangkan atau dihilangkan.
"Boleh buat facial tak" Kata ina.Wah ini suatu bidang yang baru ni. Pertemuan dengan Ms Kaur di Azimuth Centre sebenarnya telah agak membuka mindaku. Mengapa tidak ku masukkan pakej ini sekali dalam bidangku."Berapa agaknya yang diperlukan, product dan barangan lain". Tanya Hubby petang itu memberikan suntikan baru buatku.Memang selama ini hubby seorang yang tenang bila isu isu begini ku utarakan.
"Boleh tak tolong urut anak akak" ,anak kak baru empat hari bersalin.
Pinta kak yani. Pagi semalam aku berjumpa ana yang ruparupanya berjiran dengan anak muridku yang juga kawannya. Kecilnya duniaku ini. Pusingpusing ketemu orang yang saling berkait.
Pertemuan dengan Ooi adalah suatu yang tidak pernah ku duga walaupun aku selalu berangan . "Kak im nak buat gigi palsu tak,ni ada student ukm nak buat project". Aah ini peluang atau hadiah dari Allah.Aku mengajak kak ton yang ternyata memang berhajat sangatsangat.Kami pergi ke ukm menaikki Metro. Kira ok lah dan ternyata Ooi yang berlainan bangsa dan budaya amat disenangi perwatakannya. Mesti Hanan suka jumpa Ooi bisik hati kecilku.Dia menemaniku hingga selesai dan pada pertemuan kedua yang menyeronokkan si cute Nadya dapat membuat tampalan Percuma walaupun pada awalnya si manis ayu dan di manja mira yang berangan untuk mendapat tampalan gigi.
Hidup ini adalah ketentuan Ilahi. Memang segalanya diaturkan oleh Ilahi.Aku yang membayangkan akan mendapat cabutan di sebelah kiri ruparupanya dikanan ku yang hilang.Yang membuat aku tergelak bila doktor Anith Farhana kata puan tak boleh makan panas,makanan yang keras, tak boleh guna geraham, sudahnya aku kelaparan hari itu hanya menjamah roti telor bersalut gula di rumah may di sungai Buloh.
Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha buat Maryam di Kelantan.Hanan are you happy di rumah baru good luck for you my dear you are my lovely doughter. Buat Mawad Umi rindukan mu selalu Raya ni kurangla tenaga yang menolong umi masak juadah,nenek akan datang rumah kita .YES.
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago
1 komen:
ala.. dah habis hari tasyrik pulak nak ucap selamat hari raya.. :)
nanti jumpa lepas ciktim habis kenduri eh! ;)
Post a Comment