Monday, November 9, 2009

Lewat malam

KLIA adalah tempat tumpuan ribuan manusia berbagai status.
Ragam manusia dengan penuh gaya,citarasa dan harga diri boleh diterjemahkan disitu.
Menanti waktu untuk melepaskan permata hatiku adalah suatu tempoh yang amat berat untuk ku terjemahkan dengan untaian katakata.

Melihat pergerakan manusia yang sibuk dengan urusan sendiri. Ada yang berlari lari, ada yang mengesat pipi tuanya,ada yang memarahi seseorang, ada yang sibuk melayan kerenah anak anak.Tempat itu memang mempunyai seribu satu cerita yang boleh di jadikan panduan dan menimbulkan keinsafan.

Anak anak kecil berlarian, si aliya kecil berlari kearah Baby boy membuat kami semua merakamkan lensa kamera ke arahnya. Soerang ibu yang kurang sihat tersandar di kerusi menghantar anak perempuannya yang akan menyambung pelajaran di bumi ambiya.
Datuk yang jauh dari sempadan Perak dengan rasa bangganya berkata padaku "Saya mai antak cucu pi belajak kat Mesir" katanya dengan loghat perak pekatnya.

Melihat gelagat krew Imigresen yang agak mencuka, mungkin kepenatan, membuat kami agak cuak tetapi doa mendahului segalanya.Alhamdulillah luggage melepasi timbangan. Syukur.

Lewat tengahmalam itu di kaunter B kami melihat beberapa wajah pilu menyaksikan sebuah perpisahan antara ibu dan anak,adik dan kakak ,anak dan ayah.Sang isteri dan Suami dan kekasih dengan kekasihnya.Saling berpesan saling doa mendoakan. Semuga perpisahan ini akan ada pertemuannya kelak.Peluang berkenalan dengan Bada membuatkan hati ini mantap dalam menghadapi situasi genting itu.Apa tidaknya anaknya sepasang di sana dan ini perpisahan kedua mereka.

Melihat betapa jernihnya wajah anak anak yang akan meneruskan perjuangan dan jihad mereka di bumi ambiya itu terasa sejuk hatiku.Semuga anak-anak itu akan terus diberi perlindungan olih Yang di Atas dan sebagaimana hatiku yang telah meredhakan pemergiannya, kembalilah kau semula ke sini dengan segulung ijazah dan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh anakanak didikmu.Melihatnya menuruni tangga dengan baju dan tudung baru serba biru itu membuatkan hatiku terasa pilu dan sayu,Cepatcepat ku tolak troli untuk mengelakkan butiran butiran air jatuh dipipi dinginku.

Pergilah wahai penyejukmataku,semuga kenangan bersama selama tiga bulan ini akan sentiasa kau layarkan dikotak mindamu,Ibu doakan semuga dirimu sentiasa didalam pemeliharaan Allah selalu.

1 komen:

Farah Hanani said...

Wa... Modah penyejuk mata... Hanan ape plak??

Post a Comment