Wednesday, November 4, 2009

Bahagia

Apakah anda sudah Bahagia.

Bahagiakah hidup anda jika :

1.mempunyai Rumahtangga yang serba lengkap.

2. Mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan anda.

3.Mendapat suami yang anda amat cintai dan benar benar mencintai anda.

4.Sudah mendapat jumlah anak seperti yang anda jangkakan.

5. Hidup di kejiranan yang harmoni.

6.Anak-anak yang menurut kata
7.Mempunyai status dalam mesyarakat sekitar kejiranan anda .

8 Punya masa untuk pergi kemana sahaja yang anda mahu.

KITA LIHAT !

Berapa ramai orang yang telah punya segalanya dalam hidup ini yang hidup sendiri. ADa yang bercerai setelah hidup bersama lebih 30 tahun.Ada yang anak mereka terlibat dengan gejala sosial.
Bermacammacam lagi masalah yang sebenarnya ada dalam hidup ini.

Kenapa kita tidak belajar menerima seadanya hidup ini. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah kita terima. Udara yang kita sedut saban masa itu adalah suatu nikmat yang amat berharga buat kita. Kenapa perlu melihat orang lain lihatlah ke dalam dirimu sendiri.

Nikmat iman yang telah dikurniakan ilahi adalah nikmat yang hakiki.
Hargailah apa yang ada pada dirimu. hayatilah hidup ini dengan penuh rasa syukur. Mungkin kita telah ditakdirkan untuk menjadi seperti Khadijah yang mendapat kasihsayang suami atau Aisyah yang mndapat cinta suami.Bagaiman kiranya kita memang telah ditakdirkan menjadi permaisuri Asiah atau juga Seperti Isteri nabi Ayyub.

Semuga kita tidak menjadikan diri kita seperti isteri nabi Nuh dan Nabi Lut sudahlah.

Terima kasih Ya Robbi kerena masih memberi daku peluang untuk terus menghargai kehidupan ini.Teruslah membimbing daku agar nikmat iman yang tela hamba terima ini kekal di dalam ruang lingkup hidupku.

Anak anakku terimalah ibumu seadanya. Ibu tahu anak-anak lebih tinggi ilmu akademiknya berbanding ibu yang telah dimamah usia ini. Memang ibu telah lama makan garam tetapi garam yang ibu makan tidak sama masinnya dengan garam yang anakanak makan.

Wahai anak-anak semua.Belajarlah cara dan adab bila bercakap dengan ibu mu. Pilih dan pikir dulu perkataan demi perkataan yang akan kau lontarkan kepada ibumu. Pandanglah wajah ibumu.Walau seburukmana wajahnya itulah ibumu dan tetap termaktub sampai akhirhayatmu itulah ibumu.Ingat setiap anak hanya ada seorang ibu yang melahirkannya.Selamat mnjalani pepereksaan buat maryam di uia.Good Luck.

3 komen:

Farahanani Amhazali said...

saya sangat2 sayang Umi saya... :)

Maryam said...

terima kasih, makcik atas doa.. dah baca sebelum exam tadi tapi tak sempat nak komen ;).

insya Allah jumpa minggu depan.... :)

Che Tim said...

Saya sayangkan anakanak saya dan saya bukanlah seorang ibu yang perfect,Gudluck 4 u my doughters

Buar maryam teruskan usaha

Post a Comment