Deringan pagi itu membuatkan aku terpaku sebentar.Balik ke hujung minggu ni, mak buat kenduri sikit.Harapan seorang ibu amat berat untuk ku katakan tidak. Aku tercaricari apakah sebenarnya dairy hujung minggu ku ini. Aku menyingkap ruang memory ku namun belum ku jumpa apa2 lagi.Bersama Kak nab kami menyusuri hulu sungai gombak mencari cari batu sungai untuk dibuat tungku. Memang sungguh besar kejadian Ilahi yang selama ini tidak pernah ku ketahui. Lihat baikbaik batu sungai ni makhluk Allah dan mereka dijadikan berpasangan.Disitu baruku lihat memang wujudnya batu yang berpasangan. Aa ini fenomena alam cetus hatiku tapi siapa yang menjadikan alam.Allahhu Akbar.
Kami bertemu sahabat lama semasa di alamin dulu, Jom kita pegi kursus spa, kata ros best! baru tadi adik ros tel minta carikan kawan. Wah tak jadi aku balik kg ni nampaknya.Beberapa jam kami menyiapkan diri untuk kekursus dan akhirnya bila tahu kursus itu di seremban, husband kak nab tidak mengizinkan kami pergi.Aku agak kecewa, tak pelah mungkin ada hikmatnya.
Menghantar wada yang kukirim ke kampung bersama acik sambil menunggu nedy di terminal komuter memberi aku peluang menghabiskan lembaran demi lembaran Dengan Namamu Aku Hidup karya Tuan guru Nik Abdul Aziz yang telah memberi suntikan baru dalam diriku. Keresahan dihati kerana hubby yang bertugas diluar kota menambahkan lagi terasa sukarnya aku mengurus anak2.Biarlah Allah mengatur segalanya buatku.Aku pasrah Ya Allah !
Lewat senje itu ,Umi tel dari kak intan ! sambil menghulur sony k530i hadiah anniverseryku yang ke 21. Ye sayang, ini adalah bukan intan terdengar gelakan manja dihujung talian. M usu! harap luangkan masa malam esok kita maghrib di rumah, ayah nak buat tahlil. Ya Robbi! ruparupanya inilah penyebab kenapa aku tidak dapat menjawab bila ibu bertanya kenapa tidak dapat balik kenduri.La m usu nak pegi festival nasyid kat picc putrajaya! Terpulanglah, tapi mak usu tak kesiankan ada ke! wah, terasa berdetak hujung jantungku. Mana bisa aku menolak lagi antara keluarga di kg dan intan, aku kene memilih intan, Ini kenduri kawin dan hanya sekali seumur hidup.Intan yang telah kehilangan Ibu beberapa tahun yang lalu memerlukan komitment aku untuk membantu menjayakan kenduri kahwinnya.
Maafkan aku ibu ,aku akan cuba untuk menziarahi ibu di masa yang lain, Bukan aku tidak merindui kakak dan abang ku juga adik2 tetapi jika anda berada di kedudukan saya apakah anda dapat membuat pilihan yang paling tepat.Aku tahu ibu mungkin agak kecewa tetapi hubby juga setuju tak apelah kita balik kg lain kali saja ,abang Arif memang dari minggu lepas lagi dah contact abang ! ujar hubby pagi tadi.
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago
0 komen:
Post a Comment