Sms dari su mengajak daku menziarahi teman sepengajian dan juga mentorku kak hajah Zainab amat mengujaku.Pengalamannya sebagai pengamal urutan Tradisional melayu telah menyuntik semangat baru padaku untuk terus menolong sesama insan yang memerlukan khidmatku. Memanglah ada ketikanya daku agak teruja bila mendapat komen2 negatif dari teman dan kerabat ku tetapi betul seperti kata hubby dan husband su kumpullah sijil dan terus kumpul. Memang daku dan su mempunyai hobby yang agak2 serupa .Su yang ku kenal semasa kursus di kolej komunity adalah teman yang senang di ajak berbincang dan sangat2 open minded.
Pertemuan dengan kak hajah yang lebih mesra di panggil kak nab adalah penuh dengan suasana mesra dan kami bertukar2 idea dan saranan.Rindunya dengan kawan2 se angkatan di seminar seminar ,apa kabar mereka agaknya.Semuga mereka berada di dalam lindungan dan pemeliharan Allah jua selalu.
Agenda selepas ini ialah kami akan pergi mencari batu sungai untuk di buat tungku sebagai bahan untuk rawatan kepada pesakit.Seterusnya kami akan pergi menziarahi cikgu Roslan . Wah bersemangat sungguh kak nab untuk terus membimbing kami. Daku rasa bertuah di beri peluang Allah bertemu kak nab.
Meninjau halaman kak nab yang penuh dengan tanaman herba memang benar benar membangkitkan semangatku untuk terus berusaha.
Sms dari fidah meminta untuk mengurut kakinya sekejap tadi ok sambung pada episod akan datang.
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago
0 komen:
Post a Comment