Agak lama memencilkan diri syawal tinggal penghujungnya.
Begitu saratnya peristiwa demi peristiwa yang berlaku bagaikan menanti untuk di rungkaikan.
Anak2 sibuk dgn examnya ayu berdebar menanti upsr, nadiya cute baru jer melepasi ujian pmr dan ila masih bertarung untuk spmnya.Diriku seperti ibu2 yang lain selalu mengharap dan berdoa agar anak2ku di beri keyakinan dan redha dengan apa jua keputusan.
Pemergian ramadhan amat terasa bagiku kerana aku tidak pasti ramadhan akan datang aku masih berkesempatanuntuk menikmati keindahannya.Apa punsesuatu yang tidak pernah ku lakukan telah dapat ku tunaikan setelah bertahun2 aku berdoa agar dapat melakukannya. Alhamdulillah.
Hari ini genap setahun nenekku menyusul saudaramaranya di alam sana.Terasa sayu hati ini semalam bila ku terjumpa gambarku bersamanya beberapa tahun lepas.
aku kini hanya ada ibu yang masih boleh di ajak berbicara.Aku berazam untuk terus membahagiakan ibuku.Oh ibu terima kasih kerana telah melahirkan ku.
Mengikut suami melawat tempat kerjanya di jerantut menyadarkan aku tentang erti
sebuah persahabatan. Baru saja mengenali seorang ibu yang berniaga di pasar tani ia mengajr aku tentang nilai sebuah perniagaan yang disertakan dengan bersedekah. Agak tersentuh hatiku bila ibu tua itu dengan begitu baiknya memberikan aku buy one free one sehingga si kina pun terkejut umi ada lagi rupanya peniaga yang baik macam nenek tu !
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago
0 komen:
Post a Comment