Musim Kemarau tiba lagi.Seperti biasa di hari cuti hujung minggu adalah hari yang paling sibuk buatku. Menolong ibu menoreh getah adalah rutin tiap minggu.Sekembalinya dari kebun setelah berehat aku dan kakak bersiap untuk membasuh pakaian sekolah dan kasut.
"Kak kita nak cuci kat mana ye " tanya ku pada kak jah.Kak jah yang agak chubby selalunya di tugaskan menjaga adik dan menyiapkan sarapan. Sekali sekali aku menjeling wajahnya. Kulitnya yang putih menampakkan lagi keayuan wajahnya. Walaupun kami hanya berbeza tiga tahun tetapi aku yang bertubuh kurus dan berkulit sawo matang agak berbeza jika di bandingkan dengan wajahnya yang agak cerah.Ratu kampunglah katakan.
"Minggu lepas kat sungai ,apa kata kita pegi cuci kat kolah di sekolah, kak tengok airnya banyak lagi ". Jawab kakakku dari atas rumah."Perlahanla sikit suara tu kan adik wawa tengah tidor, terjaga karang terbantut program kita" jawabnye bersahaja. Memang adik wawa ni agak kuat menangis dan kalau sudah menangis payah nak pujuk, satu kampung boleh dengar .
Dengan basikal tua abah kami bertiga , bersama adik am pergi untuk mencuci pakaian.
Memang sudah menjadi tabiat kami bila menaikki basikal kakak akan mengayuh dan aku menjaga hendlenye, sementara adik duduk dipalang basikal. Sampai di kawasan sekolah aku bertanya "kak nak belok kiri ke terus". Terus jawab kakak.Aku pun buat biasa sahaja tiba tiba, betul betul dekat tembok batu penjuru sekolah itu kakak memegang hendle basikal dan membelok.
"Aduh!" Jerit adik.Kami tergolek dengan basikal dan baldi yang kami sangkutkan di hendle basikal tadi pun tercampak."Kak ape ni tengok apa dah jadi dengan basikal abah ni" jeritku sambil mengelap pasir dan debu tanah di lenganku.
"Ya Allah apa dah jadi ni! Kami menggigil ketakutan sambil menuntun basikal balik kerumah.Dalam hati nak juga ketawa tapi marah pun ada juga.Aku terus mengheret basikal yang telak rosak tadisambi memanggil ibu dan menunjukkan tayar hadapan basikal tadi. Mak ketawa berdekah dekah sampai mengalir airmatanya."Mak tak tau nak cakap ape tapi kau tunggulah nasib kau bila abah balik karang".
Kami menunggu abah balik dari mesyuarat pekebun kecil di bandar dengan penuh debaran. Kain tidak jadi di cuci dan kami mengambil jalan sendiri. Masingmasing mendiamkan diri. Kakak memilih untuk menutup badannya dengan selimut tebal dan aku memilih ibu mengikut ibu dengan harapan tidak mendapat habuan dari abah.Abang ku suruh jadi spy bagi tahu kalau terdengar bunyi motor abah.
Masa yang di tunggu telah tiba , abah telah pulang kerumah. Ibu dengan cepat menyediakan minuman dan cekodok ikan bilis. Tiba masa abah ke bawah rumah , "Haa sape punya kerje ni!". Ni mesti kerja budak budak ni."Siti Jah mari sini"!"Laung abah. Mana budak budak ni. Apa lagi tanpa banyak bicara kami mendapat habuan masingmasing .Teruk aku dan kakak kene belasah petang itu.
Abah memang sayangkan basikalnya itu tetapi kami bukan sengaja . Puas aku meminta ampun tapi semakin aku menjerit semakit kuat tali pinggang itu hinggap di pahaku silapku juga kerana memakai skirt pendek.Ingatkan dengan berlindung di belakang ibu kuranglah aku kene. Berbanding kakak yang menyorok di balik selimut.
Aku berasa sangat kesal iyelah itu bukan salahku, tapi ape nak buat memang aku berada di atas basikal pada masa itu.
Peristiwa itu menjadi gurauan pada kami sehingga sekarang bila masa kami berjumpa, kami ketawa berdekah dekah mengenangkannya. Apa tidaknya, tayar hadapan basikal abah menjadi nombor lapan.
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago
0 komen:
Post a Comment