Monday, August 24, 2009

ramadhan

setelah sekian lama menanti akhirnya ia muncul lagi .
Menghadapi suasana ramadhan agak gusar dihati dengan keadaan kesihatan anak2ku kurang menyenangkan. Suhu badan mendadak mencapai 40darjah menyebabkan suasana berbuka jadi kelamkabut.Bagi memastikan mereka selamat dari serangan virus kami ke hspital serdang dan akhirnya berbuka di mesjid nilai. Anak2 masih belum kebah hari ini si comel adik pula mendapat gilirannya.Anak2 yanglain pula ada yang mengadu sakit kepala, lemah badan dan macam2 lagi. Aku sendiri walaupun aku mengalami simptom yang agak sama tetapi aku tidak mahu anak2ku tahu aku sedang melawan virus itu. Ku gagahi jua untuk bangun menyiapkan sahur kerana jika aku telat, maka tiadalah makanan pagi itu. Pada siapa hendak mengadu.Aku mesti kuat dan ku pujuk hatiku sendiri. Akhirnya selepas subuh tadi ,merembes jua manikmanik jernih lewat Ar Rohman. Pada siapa tempat mengadu kecuali padamu Ya Robbi.Membaca baitbait terjemahan ayat itu benarbenar meruntun jiwaku. Semalam di ruang sempit surau itu aku terbayangkan kelibat arwah kakak iparku. Dia yang suka berada di sof depan di tepi tiang. Kenangan bersamanya masih segar di ingatanku. Saban tahun kami berterawikh bersama, melihat senyumannya, melihat wajah tenangnya, hilang kepenatan seharian. Kini segalanya hanya kenangan. Aku melihat kelibat anak2nya tetapi aku tidak dapat menuturkan suarahatiku kepada mereka, yang aku teringat ibu mereka. Biarlah hati ini berbicara sendiri.semuga kau tenang di alam sana kak.
Setiap dari kita akan mengalami berbagai peristiwa dan itulah yang mewarnai kehidupan kita.Satu hal yang pasti kembalikanlah segalanya kepada Yang Maha Pencipta. Serahkanlah segala urusan hidup ini kepada yang di atas.Bila mana kita telah pasrah dan menyerahkan segalanya kepada Yang di Atas sana , ketahuilah kita akan merasai kedamaian hati dan ketenangan yang abadi.
Aku jua pasrah dengan keberadaan diriku ini. Walau bagaimana pahit untuk di kecap,akutahu hanya Dialah yang memiliki segalanya .Diriku ,anak2 dan dan hatiku sendiri.
Doa dan pintaku semuga apa yang ku minta dan ku pohon akan termakbul diramadhan kali ini.

Tuesday, August 11, 2009

malam 8 Ogos

malam itu amat sibuk sekali.Aku keklia utk menjemput anakku yang akan menghabiskan cuti musim bunganya bersama kami. Ku meminta anak sulungku yang agak kecewa tidak dapat turut serta untuk menghadiri kenduri arwah rutin tahunan family sebelah ayahnya.
Kami keluar agak lewat menurut jangkaanku, tibatiba hubby melencong singgah di tepian r n r lapar katanya. Aku sendiri sebenarnya lapar, tetapi selagi tidak melihat anakku tiba terasa kenyang perut ini. Ku capai jua nasi yang dihulur hubby sedap katanya. Kami tiba sekitar jam 10 mlm ,ternyata kterbang delay . Dalam kegairahan menunggu aku tercari2 seseorang, aku tidak pernah bertemunya tetapi naluriku menyatakan pasti dia datang. Aku merapati seorang yang agak sebaya kakakku mungkin dialah orangnya. Benar telahanku memang dialah ibu kepada kawan anakku. kami tidak pernah bertemu namun cerita tentangnya selalu ku dengar lewat anakku. Kami berdakapan dan kami bertangisan dalam penuh debaran menanti kemunculan anak kami.
Seorang demi seorang muncul dari pintu kaca kami terus menanti dan akhirnya nun dihujung talian aku berasa lege bila kedengaran suaranya.Umi sekejap lagi baru dapatkeluar tunggu ya! Syukur pada Allah dah sampai juga,getus hatiku.
Aku tertanyatanya maklumlah telah kuranglkebih 10 bulan kami tidak bertemu.Kuruskah gemukkah dia. Aku sempat berkenalan dengan seorang ibu dari segamat yang sedang menunggu anaknya yang telah tamat pengajian. Ibu itu dengan rasa bahagianya mkenceritakan yang tiga orang anakkya lulusan Universiti AlAzhar ,yang sulung seorang Kadhi di negeri kelahiranku di selatan, yang kedua seorang guru, ini yang ketiga dan adiknya sedang menunggu untuk ke sana juga tahun hadapan. Aku terlihat sinar kebahagian di wajahnya kerana anak anaknya berjaya.Aku membayangkan Semuga anakanakku jua akan menjadi anak anak yang boleh membahagiakan ku di masa hadapan. Akhirnya anakku muncul di pintu itu aku mendakapnya dan barulah aku tersadar yang ini bukan mimpi,dia benarbenar berada dihadapanku.
Kami pulang lewat jam satu pagi. Setibanya dirumah anakku baru sampai dari menolong mengemas katanya.Saling berebut membuka beg, menunggu oleh oleh yang dibawa. Masingmasing mendapat jubah. Untuk si kecil adik mendapat dua helai jubah wah cantiknya adik punya! kata salah seorang anaku. Itulah rezeki adik kataku adik memang murah rezeki selalunya. Untuk ayahnya di belikan sebuah beg kulit ,juga untuk pakcik roslan se utas tali pinggang dan sehelai tudung untuk makcik animnya. Ada juga coklat dana buahbuahan untuk kami.Setelah selesai barulah aku sedar betapa laparnya perutku.Aku makan lauk dari kenduri tadi bersama anak anak dan waktu pada ketika itu adalah sekitar jam tiga pagi. Akhirnya aku merebahkan badanku bila jam menunjuk ke angka empat pagi.

Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang bertemu anakku.Aku bersyukur kerana dia telah selamat sampai.Terasa basah pipiku semasa aku sujud syukur pagi itu . Aku berharap semuga peluang yang aku terima untuk bersamanya kali ini akan ku gunakan sebaikbaiknya.Kini semua anakanakku berkumpul kembali, walaupun dalam tempoh dua bulan .Dapatlah kami samasama menyambut ramadhan dan idulfitri kali ini mudahmudahan akan bertambah meriahnya dengan kehadirannya.

Terima kasih Ya Allah .

Saturday, August 8, 2009

Musafir

E mail dari seseorang membuatkan aku tergerak hati untuk memikirkanya sejenak.

Dalam email itu disertakan wasiat dari seorang anak remaja yang telah menemuinya Yang Maha Penciptanya. Wasiat itu ditulis semasa dia sedang menaikki kenderaan bersama ahli keluarganya dan helaian demi helaian wasiat itu bertaburan di jalanan setelah kereta yang dipandu ahli keluarganya terlibat dalam satu nahas yang telah memisahkan ruh dan jasadnya.
Aku berasa sungguh syahdu dan terharu dengan wasiat yang ditulis olehnya yang diantara lainnya berpesan supaya kita mencintai Allah dan Rasul dan Dia amat menyanjungi bapanya yang amat di kasihi.

Aku teringat dan terfikir semasa kita sedang berkenderaan brsama anak dan keluarga.Apakah yang sedang kita fikirkan. Saluran radio mana yang berkumandang,lagu ape yang sedang kita dengari.Apakah yang sedang dilakukan oleh anakanak kita semasa kita sedang memandu.Mereka tidur dan tahutahu sudah sampai ke destinasi atau bergaduh merebut aircon di bahagian tengah.Bagaimana sikap kita sebagai pendamping pemandu. Turut sama tidur atau mengamuk kepada pemandu pemandu yang lain.

Pernah sekali aku bermusafir, bersama di dalam keretaku seorang anak remaja dalam lingkungan umur sekitar belasan tahun. Sepanjang dijalanan mulutnya tidak berhentihenti berbunyi.Pada awalnya aku ingatkan dia sedang berzikir ruparupanya sedang mengalunkan lagu inggeris yang sudah pasti sedap alunannya tetapi maknanya entahlah.Anak kita bagaimana ye. Apa yang diluahkan semasa bersama dengan kita di dalam sebuah kenderaan.

Didalam benakku kini aku mula mencari cari perbezaan di antara kedua remaja tadi. Keduaduanya samasama remaja, keduaduanya samasama berkenderaan, keduaduanya samasama berTuhankan Allah TETAPI ternyata keduanya amat berbeza dari segi karakternya.

Semasa kita sedang berkenderaan, kita tidak tahu adakah kita akan selamat sampai atau tidak. Semasa kita di atas jalanan sepatutnya kita menyerahkan seluruh jiwa kita memohon pertolongan Allah semuga selamat di dalam perjalanan. Apakah cukup sekadar kita membaca doa naik kenderaan.Jawapannya pastilah tidak.

Sewaktu di dalam kenderaaan sewajanyalah kita selalu berisrigfar, berzikir dan mengingati Allah.

Ubahlah cara kita ,persiapkanlah diri kita,ambillah iktibar dari kisah kisah yang terdahulu, ingatkanlah anak2 kita agar sentiasa berwaspada semasa bermusafir.

Terimakasih Ya Allah kerana masih diberi kesempatan menghirup udaramu melihat betapa cantiknya alam ciptaanMu masih dapat menghirup sedapnya aroma masakan nasi goreng yang dimasak oleh kak long.masih dapatmelihat oked berkembang setiap pagi.

Wednesday, August 5, 2009

Lembaran Baru

NIsfu sya'ban datang lagi.
Dia memang tidak pernah terlupa pada janjinya. Saban tahun ia pasti datang.
Datangnya kali ini jua adalah kerana rutin nya selama bumi ini berputar selama maya pada ini masih ujud.
Aku teringat katakata ustaz, hari ini buku kita akan diangkaT NAIK KE ATAS dan kita akan mendapat buku yang baru.
Ku teringat sepanjang tahun ini segala peristiwa yang berlaku dan terjadi kepada diriku . Ooh alangkah takutnya untuk melihat paparan demi paparan buku itu.
Aku berdoa dan berharap agar catatan demi catatan yang tertulis di buku itu adalah ... hanya Allah jualah yang tahu akan isikandungannya. Aku membuka lembaran dairi yang kadang2 sempat ku isi kadang tidak.Ooh! banyaknya ruang kosong, malah ada yang tidak tertulis langsung.Buku yang di angkat keatas hari ini mesti penuh tidak seperti dairiku yang kosong kan, detik hatiku.

Ampuni daku Ya Robbi,andainya di dalam buku catatan itu tertulis parkara2 yang akan memberatkan timbanganku di suatu arah.
Aku ini amat memerlukan bimbingan darimu Tuhanku.
Semuga Rahmatmu akan sentiasa di sekitar ruanglingkup hidupku.

Hari ini dengan penuh rasa syukur aku mengharap buku yang baru yang bakal aku terima sore nanti untuk catatan setahunku akan penuh dengan catatan2 yang positif penuh dengan catatan yang bisa menjadikan aku penghuni jannatulfirdausi.
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan daku peluang untuk menghirup udaramu.
Terima kasih Ya Allah Yang masih memberi peluang untukku menghayati kehidupan ini.

Sunday, August 2, 2009

hujung minggu

sabtu mneghadiri kenduri teman seoffice hubby dgn penuh semangat aku lunch sedapnya lauk pengantin memang kami sungguh2 lapar hari itu.Dialah yang byk meyadarkan abang kata hubby, dia tu sama kolej dulu tapi kesian sekarang dah jauh tersasar.aku terkejut kerana selama ini hubby x pernah sekali pun bercerita tentang hal ini.itulah namanya lelaki,walaupun aku telah mengenalinya selama 23 tahun rupanya masih banyak lagi yg aku belum tahu tentanng dirinya.Dalam diam aku berdoa semuga hubby akan selalu mendapat hidayah dan taufik dr ilahi.aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Terperangkap dlm jem di kl adalah suatu hal yg amat menguji kesabaran kami umi kita belum zohor lagi kata anakku. ye la doaalah semuga jumpa mesjid atau mana2 musolla terdekat, kami singgah di masjid say abu bakr bangsar. jom kita cari barang,kami hendak mencari kichen hod , jom hanan nak cari almari rengek si kak long kami menyusuri jalan yg sesak dr coket ke kg baru akhirnya jumpe di selayang. hari sudah semakin petang kasihan si ayu yg berpuasa di rumah berkalikali aku memohon maaf padanya kerana terlambat balik.Dengan wajah yg redup sesuai dgn namanya syifa" yg bermaksud penawar memang dia cool shj bila aku menghidangkan ayam panggang kesukaannya.
Ahad bergegas mghantar ayu ke seminar upsr mghantar brg kepada melle di hostel deringan tel terdengar esak tangis di nedy di ujung talian minta datang menjenguknya kerana esok trial pmr. aku hendak mengemas rumah hari ini. Aaah berubah jadual padat ku hari ini. hajat hati hndak mengemas rumah n mmbeli barang sedikittiba2 hubby kata jom tengok nadiya n terus kepesta flora di pjaya, aa ganti balik oked umi yg adik patahkan . 2 tahun aku menunggu oked itu berbunga sedang nak mekar adik terlanggar pasunya dan oked itu patah .nasib baik adik yg patahkan kalau kakak mesti umi mengamuk kata hanan. memandangkan si kecik yg kurang sihat aku diam saje.lalu di iium, x kan x tengok kinah sampai je kinah dah dress up x kan x ajak.jumpe nedy aku biarkan dia berbicara dgn kakak2nya. .akhirnya langsung x jadi ke pesta Flora balik rumah.
Kita hanya merancang tetapi Allah jua yg lebih mengetahui segalanya adakah aku kecewa? oh tidak, sekarang ini aku lebih bersedia kerana aku tahu hidupku ini sebenarnya adalah kepunyaan ilahi. aku lebih redha menyerahkan seg urusan kepada Allah seb pemilik diriku ini. Sebenarnya kta selalu terlupa kita selalu hendak mengatur kehidupan kita kita terlalu mengatur anak2 kita suami kita tanpa kita sadari mereka jua ada pemiliknya kita hanya di beri pinjam utk menjaga dan merasai kenikmatan bersama mereka ,so biarlah Allah yang mengatur segala urusan. buat kita hargailah mereka. terimakasih Ya Allah kerana masih diberi peluang merasai kenikmatan hidup dan teruslah melimpahkan ksayangmu kepada diriku dan anak2ku.