Saturday, August 8, 2009

Musafir

E mail dari seseorang membuatkan aku tergerak hati untuk memikirkanya sejenak.

Dalam email itu disertakan wasiat dari seorang anak remaja yang telah menemuinya Yang Maha Penciptanya. Wasiat itu ditulis semasa dia sedang menaikki kenderaan bersama ahli keluarganya dan helaian demi helaian wasiat itu bertaburan di jalanan setelah kereta yang dipandu ahli keluarganya terlibat dalam satu nahas yang telah memisahkan ruh dan jasadnya.
Aku berasa sungguh syahdu dan terharu dengan wasiat yang ditulis olehnya yang diantara lainnya berpesan supaya kita mencintai Allah dan Rasul dan Dia amat menyanjungi bapanya yang amat di kasihi.

Aku teringat dan terfikir semasa kita sedang berkenderaan brsama anak dan keluarga.Apakah yang sedang kita fikirkan. Saluran radio mana yang berkumandang,lagu ape yang sedang kita dengari.Apakah yang sedang dilakukan oleh anakanak kita semasa kita sedang memandu.Mereka tidur dan tahutahu sudah sampai ke destinasi atau bergaduh merebut aircon di bahagian tengah.Bagaimana sikap kita sebagai pendamping pemandu. Turut sama tidur atau mengamuk kepada pemandu pemandu yang lain.

Pernah sekali aku bermusafir, bersama di dalam keretaku seorang anak remaja dalam lingkungan umur sekitar belasan tahun. Sepanjang dijalanan mulutnya tidak berhentihenti berbunyi.Pada awalnya aku ingatkan dia sedang berzikir ruparupanya sedang mengalunkan lagu inggeris yang sudah pasti sedap alunannya tetapi maknanya entahlah.Anak kita bagaimana ye. Apa yang diluahkan semasa bersama dengan kita di dalam sebuah kenderaan.

Didalam benakku kini aku mula mencari cari perbezaan di antara kedua remaja tadi. Keduaduanya samasama remaja, keduaduanya samasama berkenderaan, keduaduanya samasama berTuhankan Allah TETAPI ternyata keduanya amat berbeza dari segi karakternya.

Semasa kita sedang berkenderaan, kita tidak tahu adakah kita akan selamat sampai atau tidak. Semasa kita di atas jalanan sepatutnya kita menyerahkan seluruh jiwa kita memohon pertolongan Allah semuga selamat di dalam perjalanan. Apakah cukup sekadar kita membaca doa naik kenderaan.Jawapannya pastilah tidak.

Sewaktu di dalam kenderaaan sewajanyalah kita selalu berisrigfar, berzikir dan mengingati Allah.

Ubahlah cara kita ,persiapkanlah diri kita,ambillah iktibar dari kisah kisah yang terdahulu, ingatkanlah anak2 kita agar sentiasa berwaspada semasa bermusafir.

Terimakasih Ya Allah kerana masih diberi kesempatan menghirup udaramu melihat betapa cantiknya alam ciptaanMu masih dapat menghirup sedapnya aroma masakan nasi goreng yang dimasak oleh kak long.masih dapatmelihat oked berkembang setiap pagi.

0 komen:

Post a Comment