Sunday, August 2, 2009

hujung minggu

sabtu mneghadiri kenduri teman seoffice hubby dgn penuh semangat aku lunch sedapnya lauk pengantin memang kami sungguh2 lapar hari itu.Dialah yang byk meyadarkan abang kata hubby, dia tu sama kolej dulu tapi kesian sekarang dah jauh tersasar.aku terkejut kerana selama ini hubby x pernah sekali pun bercerita tentang hal ini.itulah namanya lelaki,walaupun aku telah mengenalinya selama 23 tahun rupanya masih banyak lagi yg aku belum tahu tentanng dirinya.Dalam diam aku berdoa semuga hubby akan selalu mendapat hidayah dan taufik dr ilahi.aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Terperangkap dlm jem di kl adalah suatu hal yg amat menguji kesabaran kami umi kita belum zohor lagi kata anakku. ye la doaalah semuga jumpa mesjid atau mana2 musolla terdekat, kami singgah di masjid say abu bakr bangsar. jom kita cari barang,kami hendak mencari kichen hod , jom hanan nak cari almari rengek si kak long kami menyusuri jalan yg sesak dr coket ke kg baru akhirnya jumpe di selayang. hari sudah semakin petang kasihan si ayu yg berpuasa di rumah berkalikali aku memohon maaf padanya kerana terlambat balik.Dengan wajah yg redup sesuai dgn namanya syifa" yg bermaksud penawar memang dia cool shj bila aku menghidangkan ayam panggang kesukaannya.
Ahad bergegas mghantar ayu ke seminar upsr mghantar brg kepada melle di hostel deringan tel terdengar esak tangis di nedy di ujung talian minta datang menjenguknya kerana esok trial pmr. aku hendak mengemas rumah hari ini. Aaah berubah jadual padat ku hari ini. hajat hati hndak mengemas rumah n mmbeli barang sedikittiba2 hubby kata jom tengok nadiya n terus kepesta flora di pjaya, aa ganti balik oked umi yg adik patahkan . 2 tahun aku menunggu oked itu berbunga sedang nak mekar adik terlanggar pasunya dan oked itu patah .nasib baik adik yg patahkan kalau kakak mesti umi mengamuk kata hanan. memandangkan si kecik yg kurang sihat aku diam saje.lalu di iium, x kan x tengok kinah sampai je kinah dah dress up x kan x ajak.jumpe nedy aku biarkan dia berbicara dgn kakak2nya. .akhirnya langsung x jadi ke pesta Flora balik rumah.
Kita hanya merancang tetapi Allah jua yg lebih mengetahui segalanya adakah aku kecewa? oh tidak, sekarang ini aku lebih bersedia kerana aku tahu hidupku ini sebenarnya adalah kepunyaan ilahi. aku lebih redha menyerahkan seg urusan kepada Allah seb pemilik diriku ini. Sebenarnya kta selalu terlupa kita selalu hendak mengatur kehidupan kita kita terlalu mengatur anak2 kita suami kita tanpa kita sadari mereka jua ada pemiliknya kita hanya di beri pinjam utk menjaga dan merasai kenikmatan bersama mereka ,so biarlah Allah yang mengatur segala urusan. buat kita hargailah mereka. terimakasih Ya Allah kerana masih diberi peluang merasai kenikmatan hidup dan teruslah melimpahkan ksayangmu kepada diriku dan anak2ku.

2 komen:

Farah Hanani said...

yess.. dah dapat almari idaman ku..

Che Tim said...

suka la tuh pas ni kenela rajin2 kemas bilik ok

Post a Comment