malam itu amat sibuk sekali.Aku keklia utk menjemput anakku yang akan menghabiskan cuti musim bunganya bersama kami. Ku meminta anak sulungku yang agak kecewa tidak dapat turut serta untuk menghadiri kenduri arwah rutin tahunan family sebelah ayahnya.
Kami keluar agak lewat menurut jangkaanku, tibatiba hubby melencong singgah di tepian r n r lapar katanya. Aku sendiri sebenarnya lapar, tetapi selagi tidak melihat anakku tiba terasa kenyang perut ini. Ku capai jua nasi yang dihulur hubby sedap katanya. Kami tiba sekitar jam 10 mlm ,ternyata kterbang delay . Dalam kegairahan menunggu aku tercari2 seseorang, aku tidak pernah bertemunya tetapi naluriku menyatakan pasti dia datang. Aku merapati seorang yang agak sebaya kakakku mungkin dialah orangnya. Benar telahanku memang dialah ibu kepada kawan anakku. kami tidak pernah bertemu namun cerita tentangnya selalu ku dengar lewat anakku. Kami berdakapan dan kami bertangisan dalam penuh debaran menanti kemunculan anak kami.
Seorang demi seorang muncul dari pintu kaca kami terus menanti dan akhirnya nun dihujung talian aku berasa lege bila kedengaran suaranya.Umi sekejap lagi baru dapatkeluar tunggu ya! Syukur pada Allah dah sampai juga,getus hatiku.
Aku tertanyatanya maklumlah telah kuranglkebih 10 bulan kami tidak bertemu.Kuruskah gemukkah dia. Aku sempat berkenalan dengan seorang ibu dari segamat yang sedang menunggu anaknya yang telah tamat pengajian. Ibu itu dengan rasa bahagianya mkenceritakan yang tiga orang anakkya lulusan Universiti AlAzhar ,yang sulung seorang Kadhi di negeri kelahiranku di selatan, yang kedua seorang guru, ini yang ketiga dan adiknya sedang menunggu untuk ke sana juga tahun hadapan. Aku terlihat sinar kebahagian di wajahnya kerana anak anaknya berjaya.Aku membayangkan Semuga anakanakku jua akan menjadi anak anak yang boleh membahagiakan ku di masa hadapan. Akhirnya anakku muncul di pintu itu aku mendakapnya dan barulah aku tersadar yang ini bukan mimpi,dia benarbenar berada dihadapanku.
Kami pulang lewat jam satu pagi. Setibanya dirumah anakku baru sampai dari menolong mengemas katanya.Saling berebut membuka beg, menunggu oleh oleh yang dibawa. Masingmasing mendapat jubah. Untuk si kecil adik mendapat dua helai jubah wah cantiknya adik punya! kata salah seorang anaku. Itulah rezeki adik kataku adik memang murah rezeki selalunya. Untuk ayahnya di belikan sebuah beg kulit ,juga untuk pakcik roslan se utas tali pinggang dan sehelai tudung untuk makcik animnya. Ada juga coklat dana buahbuahan untuk kami.Setelah selesai barulah aku sedar betapa laparnya perutku.Aku makan lauk dari kenduri tadi bersama anak anak dan waktu pada ketika itu adalah sekitar jam tiga pagi. Akhirnya aku merebahkan badanku bila jam menunjuk ke angka empat pagi.
Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang bertemu anakku.Aku bersyukur kerana dia telah selamat sampai.Terasa basah pipiku semasa aku sujud syukur pagi itu . Aku berharap semuga peluang yang aku terima untuk bersamanya kali ini akan ku gunakan sebaikbaiknya.Kini semua anakanakku berkumpul kembali, walaupun dalam tempoh dua bulan .Dapatlah kami samasama menyambut ramadhan dan idulfitri kali ini mudahmudahan akan bertambah meriahnya dengan kehadirannya.
Terima kasih Ya Allah .
150: Rabiul Akhir 1446H
3 weeks ago
0 komen:
Post a Comment