Monday, December 20, 2010

perkongsian ceritaa

Kak boleh datang rumah ,kaki saya ni sakit sangat! suara halus dihujung talian. Seperti biasa malam itu bertemankan hubby daku menyusuri jalan di daerah asing itu untuk bertemu teman baruku.
Anak-anak sudah arif dengan tugasku,Jika daerah yang hendak di tuju di sekitar kediamanku daku bisa pergi sendiri namun jika agak jauh selalunya hubby atau anak sulungku lah yang akan menemaniku.
Kerjayaku kini bisa menemukanku dengan berbagai status kehidupan. Ada yang dari kalangan cerdik pandai,orang kenamaan,golongan profesional dan yang lainlainnya.Berkongsi pengalaman dan kemahiran adalah suatu yang menyeronokkan.Semasa sessi terapy berjalan daku mencari peluang bertanya apa2 permasaalahan yang boleh menambahkan pengetahuanku. Perkongsian pengalaman dan pengetahuan dengan seorang doktor muda dari hospital Tuanku Bahiyah Menukar persepsiku tentang susu ibu sebelah kiri dan kanan. Bersama guruguru daku berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak dan mencari idea2 baru teknik pendisplinan.
Panggilan dari putrajaya semasa ku berada nun di BatuKurau menemani hubby bertugas di luar daerah agak mengecutkan perutku. Almaklumlah hendak pergi ke rumah seorang 'Datuk' yang berpengaruh.Namun sangkaanku meleset kerana ternyata seorang datin yang amat peramah itu amat merendah diri dan menyenangi kehadiranku.Pengalamanku bersama seorang Nigerian yang hanya bisa berbahasa Inggeris membuka luas mindaku bahawa mereka adalah individu yang amat berbudibahasa.
Bersama puan Chin dakubelajar tentang herbaherba Cina yang amat bagus untuk ibuibu selepas bersalin dan kesediaannya merasai kepanasan tungku dan memakai barut berherba membuka mindaku yang sebenarnya amalan tradisi bangsa kita juga disenangi olih sebahagian dari golongan bangsa asing.
Berbagaibagai kerenah yang kutemui adalah menjadi hiburan dan bahan gelak jenakaku.Selalunya semasa kami dalam perjalan pulang daku dan anak sulungku akan berkongsi pengalaman yang kami lalui di rumah client dan ada peristiwa2 lucu yang kami kongsikan bersama,
Menyelami perasaan kelegaan yang terpancar di wajah client selepas sessi2 trapy dan sauna adalah suatu kepuasan bagiku.Ajakan dan saranan,Lain kali saya akan contact akak semula adalah suatu janji yang pastinya akan daku tunggu2 harinya.

Terimakaseh Yang Maha Pengaseh lagi Penyayang di atas kurniaanMu kepada hambamu ini.Berilah daku Kekuatan Wahai Ya Qowii Ya Qahhar agar daku masih bisa membantu sesama saudaraku yang sedang berada di dalam kesulitan.
Sihatkanlah tubuh badanku dan lapangkanlah masaku Wahai Fattah Ya Haliim
Amiin Ya Robbal Aalamiin

hobi baru

Kesibukan sepanjang musim cuti sekolah ini menambahkan kerinduan pada ibu di kampung.
Adik yang kesekolah hampir setiap hari menafikan hasrat untuk pulang kekampung.
Menghadiri sessi bersama kbm di impian resort adalah suatu pengalaman yang tidak dapat di kongsi bersama sesiapa pun.
Rutin harianku sekiranya tiada sebarang temujanji dengan pelanggan adalah memanjakan hobi baruku .Menyahut cabaran dari yan, aku mula membeli tanah ,polybag dan anak benih. Setiap hari disudut yang hanya selebar 4 kaki persegi itulah daku berinteraksi dengan makhluk ciptaan ilahi yang hanya pandai merenungku tanpa menjawab salamku. Melihat perkembangan tumbesarannya bisa membuat hatiku merasa segar,Butir2 cili,helaian dedaun kesum,kari, rumpunan serai, anak2 kacang amat membahagiakan sekali.Jambangan orkid saban harimenyapaku menambahkan kasihku pada mereka.Setiap hari ku ucapkan salam kepadanya mengingatkan daku ibu dikampung yang berdialog dalam bahasa ibundanya bila berinteraksi dengan pepohon dan kucing.
Biarpun terasa amat kecilnya halamanku,walau diperli olih tetangga yang mengatakan menanam ni kene ada ilmu aku lebih memilih untuk berdiam.
Pokok mangga ni aku nak tebang. Aku yang sedang bersantai bersama kak anim terkejut dengan saranan itu. Yang peliknya pohon mangga itu dikawasan kami,itulah manusia yang tidak pernah puas ada2 saja helahnya untuk mencari cacat cela oranglain.Ketegangan berlaku seketika
Aku seperti biasa lebih memilih untuk berdiam.
Jom gi senaman terapi di selayang.Wah petang itu aku dengan penuh semangat mengikut kak anim,kak eton dan kas.Kami akhirnya ketawa berdekahdekah bukan senaman terapy rupa2nye senaman One Malaysia.Baiklah hubby no komen masa aku balik lewat petang itu.
Jom cek jisim tulang umi kata hanan di jaya jusco tempat kerja barunya.Akuberdebar juga dengan usiaku bmanalah kadarnya.Hei tulang kakak agak baik berbanding usia kak,kata nutritionist anlene yang kukira hampr sebaya anak sulungku.Alhamdulillah syukur .agaknya inilah kesan aku meminum susu kambing,gtc dan mengurangkan kadar minuman berkarbonat dan berwarna.
Kita hendaklah sentiasa mengucapkan kesyukuran di atas pemberian Ilahi kepada kita, terimalah seadanya diri kita ini .

Wednesday, December 15, 2010

Opal Sauna



Harga : RM600


Penghantaran
By Hand : RM15
Pos : RM10 (Semenanjung Malaysia)
RM50 (Sabah/Sarawak)

Diamond Sauna

Harga: RM390.00

3 pilihan warna menarik


Set lengkap Diamond Sauna (kecuali head cover)



Kos Penghantaran

By-Hand : RM15
Post : RM10 (Semenanjung Malaysia)
RM50 (Sabah/Sarawak)

Thursday, November 11, 2010

Tanah oh tanah

"Mah datuk nak pagar dah tanah dia" Luahan kak mai petang itu menggamit rasa cuak di hati kecilku. "Iyeke kak, bila tu" daku menyoal balik."Rasarasanye november ni"
Jawab kak Mai jiran di samping rumahku juga teman bercucuk tanamku .Kak Mai memang seorang yang setia pada Tanaman dan mencintai tumbuh-tumbuan. Dikeliling rumahnya penuh dengan rimbunan serai,deretan tebu yang menjulang dan batas batas bermacammacam jenis sayuran.

Merenung rimbunan seraiku yang sedang menunggu masa untuk di petik,beberapa tandan pisang yang sedang meranum,pepohon cili yang sedang berbunga menyuntik rasa sayu di hatiku. Sempatkah daku menuai hasilnya.

Daku berhajat untuk menebang pisang untuk di buat gulai lewat depavali yang lalu.Merintih sayu hatiku bila yang tinggal hanya timbunan batang pisang.Aku merasa sayu.Tengahhari isnin yang lalu menyaksikan sekali lagi airmataku tumpah bila pepohon keladi yang sedia untuk dibuat gulai sengaja di tebang olih pak contrak.Geramnye hatiku.

Aku memandang sayu pada pepohon cili yang sedang berbuah.Menitik airmataku meminta pada Ramli si contraktor kacak itu agar melambatkan projek memagar di belakang rumahku agar daku sempat memetik buahsulungnye sebelum ia juga menjadi mangsa rakus orang lain.

Sebenarnya kami sebelum ini tidak mengetahui sempadan tanah masingmasing.Selama ini daku dipahamkan yang sempadan kami adalah di sekitar pokok kuini yang buahnya selalu menjadi rebutan mak itam yang mengaku itulah pokoknya padahal itu memang kepunyaan tuan tanah di belakang.

Kini segalanya akan lenyap dan daku adalah sebahagian dari pencinta pepohon yang hanya akan menginbau kenangan lamaku bersama pepohon yang pernah menjadi sebahagian dari rutin harianku

Kini yang bakal ku tatap adalah pagar yang membataskan pergerakkanku untuk bertemu kak Mai.Walau bagaimanapun daku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Pada awalnya memang dakau merasa geram kepada si pengadu yang mengadu tentang jiranjiran yang menggunakan tanah itu sewenangwenangnya.Kini hatiku telah agak bersedia menerima bahawa apa yang bukan kepunyaan kita akhirnya kan pergi jua.

Terimakasih datuk Syafie yang telah memberi daku ruang menikmati anugerah Ilahi yang diberi pinjam kepadamu.

Sesungguhnya Tiada yang kekal di dunia ini.
Hanya Allah yang kekal Abadi
Dunia ini adalah pinjaman sematamata
Daku jua adalah pinjaman ,anak-anakku adalah pinjaman jua,
Semuga kita samasama menjaga produk yang sedang kita pinjam ini dengan sebaikbaiknya.

Rabu petang yang ceria

pertemuan demi pertemuan yang telah di aturkan mengikut ketetapan hari dan masa itu ruparupanye telah memberikan daku peluang untuk mengenali hati budi masingmasing.Mungkin disebabkan faktor usia barangkali aku lebih selesa menjadi kakak kepada adik-adik yang usianya sekitar tigapuluhan.

Kini sesuatu yang agak unik telah berlaku kepadaku sehingga aku menjadi perindu kepada mereka.Aku menantinanti pertemuan bersama merek dan kiranye pertemuan itu terpaksa ditunda aku merasa amat sedih.

Bersama mereka aku belajar banyak hal tentang hubungan,tentang etika dan beberapa perkara baru.Pertemuan yang walaupun singkat tetapi padat dengan agenda dan kami selalu bertukartukar pandangan tentang kehidupan.

Terimakasih Ya Allahkerana masih memberi peluang padaku menambah ilmu melalui temanteman baru.Atie,zek.roses n yang lain kakak senang bersama dan berkongsi cerita dengan you all.

Wednesday, November 10, 2010

Hari Raya kecil

Jumaat adalah hari cuti .Kegembiraan menyambut Raya kecil bagi umat islam bersempene sambutan depavali bagi penganut ugama Hindu.Malamnya Program Qiamullail untuk anak2 saudara di rumah pakcik Roslan. Kami terlepas pandang untuk sama2 menyertainye.

Sibuk membancuh lempeng kelapa kegemaran hubby di kejutkan dengan sahutan salam Ada yang datang khusus meminjam tmpat bakar ikan. Keriuhan nya di dengari oleh emy ayi dan akhirnya sarapan pagi itu mencatat sejarah bila semua anak2 buah datang menjamah lempeng kelapa.Disamping juadah yang mereka bawa sendiri.

Semua mengambil kata sepakat "jom kita ke rumah anjang untuk lunch" kata emy.
Aktiviti selanjutnya kami beramairamai memetik buah mangga yang sedang menunggu untuk dijolok.Dapatlah kami lebihkurang EMPAT bakul, semuanye kami bahagi-bahagikan kepada jiran dan anakanak buah.

Berbekalkan sotong goreng dan lala bergegas kami bergerak memandangkan waktu jumaat sudah hampir tiba. Tiba di mesjid semenyih azan berkumandang dan laman yang penuh dengan oked itu menjadi santaian kami sambil menanti hubby selesai menunaikan kewajipannya.

Riuh rendah di kedianan anjang yang kami anggap sebagai galeri dengan hiasan dan dekorasinya.Bersantai sambil merancang agenda seterusnya menjelang aidiladha. Keputusan sepakat program membuat rendang dan dodol akan di adakan pada hari Ahad . Seperti biasa kami akan sama-sama berkongsi mengumpul dana, mencari pembeli barang dan rumah untuk memasak.Seperti biasa di halaman rumah kamilah tempat yang paling sesuai dan satu pertemuan keluarga akan berlaku lagi pada hari ahad nanti.

Pertemuan keluarga seperti ini adalah suatu yang sinonim buat family hubby.Program Takbir Raya juga telah menjadi agenda utama setiap tahun.Yang gelihatinya kami juga bersama-sama mengiringi pengantin pergi menziarahi rumahrumah saudaramara.Inilah uniknya keluarga hubby.Anakanak buah sudah ku anggap seperti anak sendiri,cucucucu saudara seperti dini,jasmin, aufa adalah sebahagian dari hidup kami,yang turut membahagiakan adalah si puteri yang sudah berani bertegur sapa.

Sesungguhnya inilah sebahagian dari anugerah Ilahi yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Rahmat kasih sayang ini hanya di beri olih Sang pemilik AR Rohman Ar Rohiim.Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang menikmati rasa kasih sayang itu.

Hari Raya kecil

Jumaat adalah hari cuti .Kegembiraan menyambut Raya kecil bagi umat islam bersempene sambutan depavali bagi penganut ugama Hindu.Malamnya Program Qiamullail untuk anak2 saudara di rumah pakcik Roslan. Kami terlepas pandang untuk sama2 menyertainye.

Sibuk membancuh lempeng kelapa kegemaran hubby di kejutkan dengan sahutan salam Ada yang datang khusus meminjam tmpat bakar ikan. Keriuhan nya di dengari oleh emy ayi dan akhirnya sarapan pagi itu mencatat sejarah bila semua anak2 buah datang menjamah lempeng kelapa.Disamping juadah yang mereka bawa sendiri.

Semua mengambil kata sepakat "jom kita ke rumah anjang untuk lunch" kata emy.
Aktiviti selanjutnya kami beramairamai memetik buah mangga yang sedang menunggu untuk dijolok.Dapatlah kami lebihkurang EMPAT bakul, semuanye kami bahagi-bahagikan kepada jiran dan anakanak buah.

Berbekalkan sotong goreng dan lala bergegas kami bergerak memandangkan waktu jumaat sudah hampir tiba. Tiba di mesjid semenyih azan berkumandang dan laman yang penuh dengan oked itu menjadi santaian kami sambil menanti hubby selesai mununaikan kewajipannya.

Riuh rendah di kedianan anjang yang kami anggap sebagai galeri dengan hiasan dan dekorasinya.Bersantai sambil merancang agenda seterusnya menjelang aidiladha. Keputusan sepakat program membuat rendang dan dodol akan di adakan pada hari Ahad . Seperti biasa kami akan sama-sama berkongsi mengumpul dana, mencari pembeli barang dan rumah untuk memasak.Seperti biasa di halaman rumah kamilah tempat yang paling sesuai dan satu pertemuan keluarga akan berlaku lagi pada hari ahad nanti.

Pertemuan keluarga seperti ini adalah suatu yang sinonim buat family hubby.Program Takbir Raya juga telah menjadi agenda utama setiap tahun.Yang gelihatinya kami juga bersama-sama mengiringi pengantin pergi menziarahi rumahrumah saudaramara.Inilah uniknya keluarga hubbyku.Anakanak buah sudah ku anggap seperti anak sendiri,cucucucu saudara seperti dini,jasmin, aufa adalah sebahagian dari hidup kami,yang turut membahagiakan adalah si puteri yang sudah berani bertegur sapa.

Sesungguhnya inilah sebahagian dari anugerah Ilahi yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Rahmat kasih sayang ini hanya di beri olih Sang pemilik AR Rohman Ar Rohiim.Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang menikmati rasa kasih sayang itu.

Sunday, October 10, 2010

pertemuan

Dewan yang gah itu amat sukar untuk digapai. Anak-anak tangga itu kelihatan sayup di kejauhan.Kasihan kepada bebrapa kakak yang kelihatan amat payah untuk meniti.

Akhirnya sampai jua ke ruangan yang gah itu.Setiap wajah yang ditemui ada yang agak tergamam, ada yang terkejut dan ada yang sekadar menyatakan kesyukuran.Ima seperti biasa mula menapak untuk mencari tempat yang agak setratejik. Ima melihat kelibat seseorang,Hatinya berdetik dan jantungnya berdegup agak kencang.Kami berpandangan dan pautan tangan berserta tangisan belum dapat meredakan kerinduan selama hampir 20 tahun .Kami tenggelam dalam kehibaan,tiada kata-kata yang terucap hanya beberapa kalimah yang sempat diucapkan.

Waktu untuk memulai acara Ima mencari posisi di sebelah seorang teman lama dari Sg. Petani.Ooh Kak beb! rindunya, sekali lagi deraian airmataku tumpah.Dialah individu yg terawal ku kenali di Kl 30 tahun yang lalu.Waktu untuk menambil sarapan adalah waktu yang amat sibuk.Ramai di kalangan yang datang dari luar kota kelihatan amat lapar.

Pertemuan demi pertemuan dengan sahabat,rata-rata ada yang telah melebihi 15 tahun menimbulkan suasana yang agak syahdu .Ima bertemu kak gg yang kekal ayu ,Kak Pawy yang masih slim seperti dulu. Ima teruja dengan bisikanbisikan nakal, eeh you dah berisilah,penampilan you sudah berbezalah membuatkan Ima berfikir sejenak .Sudah tuakah aku kini.Ooh kak Ani rindunya padamu membuatkan daku terasa nyaman di dalam pelukannya.Mahayati yang pernah tidur sebantal dengannya,Kak Hasnah tempatku selalu lepak di keramat,Kak Faezah yang ternyata kini telah menjadi Pengurus Syarikat.Daku melihat kelibat Mazlina sepupuku dari Kelantan,sambil menunjukkan fotokubersama ibuku,ini ibu saudaramu yang mungkin kau pun dah lupa wajahnya.Terkejut ku melihat nama Dr Ote Maskon di Sekrin sebagai individu yang penting.Itu kawan sekampungku bisikku pada kak Noriah di sebelahku.

Begitulah suasana di dewan itu. Masingmasing memcari dan terus memcari.Ima masih mencari seseorang. Tetapi dia hanya berharap jika itu yang terbaik baginya dapatlah ia bertemu dengan hambaAllah itu.Agak lewat selepas menunggu seorang rakan bersolat menyebabkan Ima tiada menemui kerusi yang kosong,Lambaian tangan dari seseorang dan pelukan jua ucapan syukur dibibir kerana bertemu kak lili yang datang dari Australia,ditambah dengan senyuman kak Zah mendamaikan jiwa ini.

Petang itu makin ramai sahabat yang ku temui,kami bertukartukar alamat,salin menyalin no talipun dan dikesempatan itu jua daku sempat memberikan hadiah buat dua sahabatku yang paling ku rindui. Sebuah buku cerita buat Pah yang pernah berkongsi rasa suka du
ka dan sebuah buku ASma Ul Husna buat Lid.Pada Lid ima berpesan, Inilah buku yang paling ku sayangi dan teman kemana sahaja ku pergi kini ku serahkan dia padamu tanda kasihsayangku padamu.

Menjelang senja daku bertekat jua untuk mencari seseorang .Dikabarkan ia ada di barisan hadapan sekali. Sabar jua hatiku melihatnya dikerumuni sahabatsahabat lamanya.Peluang yang ku nanti akhirnya tiba jua.Hampir duapuluh tahun kami dengan haluan sendiri.Dari anak-anaknya kecil dipangkuanku kini telah menjadi seorang nenek.Dia yang rasanya tidak menyangka bahawa daku yang berada dihadapannya.Dia menangis,menciumku berkalikali dan memelukku dengan erat sekali.Masa amat singkat sekali .Tiada kata yang dapat terucap kami berpisah setelah kami bergambar bersama sebagai kenangkenangan.

Itulah keajaiban yang tercipta dan diciptakan oleh Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang menitipkan rasa kasih dan sayang di dalam hati Hambanya.
Bersyukur keHadrat Ilahi dengan pertemuan pertemuan itu dan Terasa sebahagian dari kerinduan dengan sahabatsahabat terlerai pada hari bersejarah itu.

Terimakasih Ya Allah kerana masih memberi daku peluang ini.
Ampuni daku Ya Robbi,Sesungguhnya Daku termasuk dalam Golongan Hamba-hambamu Yang lalai.

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan

Sekitar tahun 70an,di waktu usiaku diperingkat sekolah rendah ramadan yang kami lalui adalah suasana yang amat menggembirakan. Diwaktu itu kami belum didedahkan dengan solat terawikh., Hanya kaum Adam sahaja yang berterawikh.Jadi hanya abang dan abah sahaja yang berterawikh. Di rumah kami hanya melihat abah pergi saban malam.Bunyi kentong setiap malan oleh abang dan gengnya menghidupkan lagi suasana ramadhan.

Dikampung tiada pasar ramdhan.jadi setiap petang kami akan membuat sendiri kuihmuih dan juadah berbuka puasa.Apa saja lauk yang di masak oleh emak tidak pernah kami menolak sebab kami memang tiada pilihan lain.Walau hanya pucuk paku rebus dan ikan goreng kami tetap gembira.Kami tetap merasai keenakan masakan mak.Begitu juga diwaktu sahur,Lauk yang menjadi kegemaran kami adalah telur masin.Air teh hangat yang menjadi minuman adalah air yang paling sedap kerana air buatan mak sendiri.Masih ku ingat abang sepupu yang berkerja sebagai askar akan memberi bebrapa tin daging yang telah siap dimasak kepada kami jadi dapatlah kami merasa lauk yang sedap.

Saat yang kami tunggu tunggu adalah suatu hari yang di panggil 'Munjung'. Di hari itu emak akan memasak lauk yang banyak untuk di hantar kerumah suadaramara dan jiran-jiran .Aku dan abanglah yang selalu menghantar makanan yang kami masukkan kedalam tipin atau sekarang dikenali dengan nama mangkuk tingkat.Kami pergi dengan menunggang basikal.Untuk saudara yang agak jauh dari rumah seperti rumah wak kun atau cik purah abahlah yang menghantarnya.Sekiranya saudaramara atau jiran juga membuat 'munjung' pada hari yang sama ,kami akan mendapat balasan lauk dan makanan ,sekira tidak maka kami akan mendapat balasannya selang beberapa hari.Jadi beberapa hari tu dapatlah kami merasa lauk yang sedap. Ada ayam ,ada daging dan kesukaanku adalah ayam masak kari dengan rempah basah yang abah beli di pasar besar.
Persiapan raya menyeronokkan.Kami menunggununggu 'Bai' si penjual kain yang boleh dibeli secara ansuran.Walaupun kami mendapat seorang sepasang baju kami tetap gembira.Kesemua baju kami dijahit sendiri olih mak dan aku akan menolong mak memasangkan butang atau mengelim tepi baju dan itulah permulaan aku belajar menjahit.

Membuat kuih raya juga menyeronokkan.Masih ku ingat along yang pandai membuat kuih kerang dengan acuan yang dibuat sendiri,selalunya selepas terawikh dia akan menolong kami membuat kuih yang dibakar di oven hitam butterfly yang dibeli oleh abah. Mak juga akan membuat bahulu lapis kegemaranku yang dilapis dengan kismis dan kacang.Kami membakarnya dengan arang dan sabut kelapa. Mak selalu berpesan jika nak makan ambillah yang kurang cantik yang cantik kita nak jamu pada tetamu.Jadi kadangkadang kami berpakat dengan abang mari kita hanguskan sikit supaya dapat makan.

Masih ku ingat suatu pagi sedang kami membuat biskut coklat tibatiba adik kecilku si siti yang baru bangun dari tidur terus berlari dan memijak acuan yang telah kami terap.Apalagi melentinglah mak pada ketika itu.Terpaksalah kami membuat aduan yang baru dan mengawal sikecil agar tidak melalui tempat kami membuat kuih.

Minggu akhir ramdhan adalah hari yang paling sibuk.Kami akan membasuh lantai rumah ,jika hari hujan mudahlah sedikit kerja kami jika tidak penatnya tidak terkata Kerana perlu ke parit untuk mencedok air. Mencabut rumput,menyapu halaman dan menyusun atur pokok bunga.Memang ditakdirkan aku yang membesar bersama abang menjadikan sifatku agak kasar dan bersedia untuk membuat kerjakerja itu semua berbanding kakakku yang agak montel.Kayu api memang sudah tersedia di bangsal jadi dalam ramdan kuranglah kerje kami.

Kami melalui ramdhan dengan penuh rasa gembira .kami menunggu nunggu lailatul Qadar dengan memasang pelita agar malaikat nampak rumah kami.Pesta pelita juga menjadi keseronokan.Semua rumah akan dihias dengan pelita dan di jalan utama kampung akan dibina pintu gerbang yang cantek sekali.

Radio adalah medium utama pada masa itu , hanya rumah 'orang kaya' sahaja yang ada peti television, jadi kami akan sentiasa mendengar lagulagu raya dari radio.

Zaman telah berubah, kini aku adalah seorang emak kepada anak-anakku,Peredaran waktu telah merubah suasana ramdhan yang lebih dihayati.Menjalani rutin bertarawikh bersama anakanak mengajak mindaku menginsafi alangkah beruntungnya anak-anakku zaman ini. Jemaah di nazariah separuh darinya adalah anak-anak dibawah umur 15 tahun.Walau ada masa mereka agak bermain seperti che Aa dan yasmin tetapi aku membayangkan merekalah yang bakal memenuhkan ruang solat wanita di nazariah kerana generasi Y telah semakin mengecil bilangannya.

Aku membanyangkan semuga semaakin ramai para ibu yang menghargai ramadhan dengan menggalakkan anak-anak belajar bertarawikh,Walau hanya pandai mengucapkan AMIIN kepada pak imam tetapi itulah yang kita mahu.

Semuga ramdhan kali ini dapat memdidik diriku agar lebih menghargai erti sebuah kehidupan.

Terima kasih kepada buah hatiku,anakanak yang menjadi sumber inspirasi kehidupanku kerana tanpa panggilan ummi dari mereka aku bukanlah seorang IBU.

Sunday, June 20, 2010

kunjungan hiba

Redup matanya semasa kunjunganku lewat selepas jumaat yang lalu menampakkan lagi tambahan kedutan dipipi tuanya."Wak sihat" sapaku sejurus melepaskan pelukannya.
"Macam nilah, demam lagi" jawabnya agak perlahan.Kunjungan ku petang itu untuk bertanya kabar .Badan wak yang agak susut dan sememangnya sepanjang usiaku belum pernah ku melihatnya agak berisi, memberikan kepadaku beberapa andaian.

Keriuhan anak-anak di sekeliling menghilangkan sejenak rasa hiba
aku.Memang sudah dari awal aku bertekad agar aku dapat menahan airmataku dari tumpah."Yela dah lebih seminggu mak demam, makan pun tak lalu" sahut sepupuku dari arah dapur.

Dari pengamatanku terbayang kesedihan di wajah tuanya.Bertahun hidup bersama kini tinggal sendirian.Suami wak yang juga pakcikku telah dijemput olih Penciptanya. Mungkin kata kata tidak dapat dibandingkan dengan bebanan perasaan yang sedang dirasainya.

Senja itu aku menggambarkan bagaimana kiranya aku berada di tempatnya.Adakah aku akan menjadi setabah wak atau aku kehilangan arah.Wak ditinggalkan suami di usia emasnya.Anak -anaknya tinggal berjauhan kecuali jejaka seorang yang masih belum berteman.Hari-hari wak akan sendirian pabila anaknya keluar bekerja.

Itulah fenomena yang biasa sekarang ini.Ibu tua tinggal sendirian kerana sayangkan rumah peninggalan suami yang banyak kenangannya. Anak-anak tinggal jauh merantau mengikuti suami atau mencari rezeki.Aku juga sedang meniti usia emas.Apakah fenomena itu juga akan ku hadapi.Lima belas tahun lagi aku menggambarkan anak-anakku semuanya sudah berkeluarga,Adakah aku akan berada dikalangan keriuhan anakcucu dan menantu.Adakah aku akan mewarisi apa yang sedang di alami olih ibu ibu tua di kejauhan, yang sentiasa menanti deringan talipun siang dan malam.Yang menanti datangnya sabtu setiap minggu mengharapkan kepulangan anak-anaknya.

Ya Robbi!Lindungilah ibu-ibu yang sedang bersendirian. Ya Robbi!Tabahkanlah hati mereka.
Ya Robbi!Ujilah mereka setakat kemampuan dan kuderat mereka.
Ya Robbi!Berilah rasa cinta dan kasih sayang ke dalam hati para anak-anak agar
senantiasa merindui ibu-ibu mereka.

Terimakasih pada adek yang sanggup berhijrah demi menjaga emak,semuga hidup adek dan keluarga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah jua.. Amiin.

Thursday, June 17, 2010

kenalan baru

Mengenali Dr Abd Rahman membuka mindaku betapa luasnya ilmu Ilahi ini.Alhamdulillah terima kasih kepadanya yang telah menolongku menyelesai berbagai rintangan yang menyelubungi ruangruang kehidupanku.Sesengguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan mengabulkan doa doa kita semua.
Terima kasih kepada sesiapa yang berniat kurang enak kepada ku.
ku hamparkan kemaafan buat mereka yang telah cuba menggugat kedamaian hati ini.
Ingatlah kita ini hanya secebis dari bahagian alam ini.

Sunday, June 13, 2010

mei dan jun

Rangkaian peristiwa saling bertindihan,pertembungan demi pertembungan ceritera membuatkan diriku amat kalut akhir akhir ini. Anak2 keponakan ku(sebelah suami)mereka telah menjadi sebahagian dari hidup ku, mendirikan mesjid yang mengajak aku berkongsi kesibukan.
Menjelmanya June ku kira agak berkelapangan untuk terus menulis namun menghulur bantuan menyiapkan 15 dulang hantaran, kembali mengajak mindaku menghasilkan idea2 kreatif dan baitbait penghargaan yang diterima dibalas dengan kelegaan jauh disudut sanubari ini.
"Baliklah nak Wak sakit" nun di ujung talian pilu sayup suara ibuku. Lewat malam menjelang worldcup kedengan suara adik "Kak ni ada berita" .Tak sanggup untuk meneruskan bicara aku sudah mengerti.Bicara bersambung namun tiada respon dari teman terdekat.Dalam kepiluan lewat subuh itu ku merasakan baitbait jernih menitis di buku yassinku.
Aku bertekateki mengapa sidia no respon ,namun lewat tengahari itu barulah ku ketahui tentang tugas berat yang diamanahkannya untuk menyelasaikan saman berjumlah puluhan ribu ringgit.Ruparupanya sidia bertanggungjawab menyelesaikan saman itu.
Deraian butir2 jernih menjawab pertanyaan ibu namun aku hanya mampu berjanji InsyaAllah akan pulang hujung minggu .
"Dah dengar berita siang tadi Ustaz Hassan Syukri menerima jemputan ilahi"
perlahan suara sayu dari ayah kepada anak-anakku.Berita sedih itu menambah kepiluan dihati rasanya baru beberapa waktu yang lalu aku menyapanya di jalanan.
Menghadirkan diri di rumahnya, bertemu kak Midah ,anak2nya dan rakan2 semasa berjemaah dengan ribuan sahabat amatlah mengharukan.
Itulah kehidupan namanya.Putaran yang penuh dengan keajaiban dari Ilahi.
Menguruskan proses pendaftaran MUET untuk anak ke empat di bawah terik mentari mengajak aku menahan kesabaran dari kehausan.Alhamdulillah segalanya selesai lewat tengahari .

Thursday, April 22, 2010

Jawapan spontan.

Kenapa cik tim nak urut orang? Soalan dari nabil malam itu sewaktu kami riuhrendah bersama menyebabkan aku terfikir dan tersentak sekejap. Soalan yang sepontan itu memerlukan aku terus memberikan jawapan yang paling simple untuk si kecil yang bersekolah di Al Amin Gombak itu.Sewaktu di dalam kereta aku terfikirfikir adakah jawapan ku tadi dapan memuaskan hati si nabil.

Aku mula merekareka jawapan kiranya jawapan tadi kurang memuaskan hatinya akan ku nyatakan semula sewaktu kunjunganku di masamasa yang lain.
Ya Mengapa aku menjadi seorang pengurut atau kata membermemberku pengamal urutan tradisional.Aku memang membesar di kalanngan Family yang ada unsur unsur kearah itu. Masih ku ingat nenek saudara sebelah ibu yang ku panggil nyaei lamah seorang bidan bersalin. Wak Man pakcikku juga seorang tukang urut.Malahan salah seorang dari moyang ku adalah salah seorang tukang urut di istana Sultan Johor.Takdir Ilahi darah yang mengalir di badanku adalah dari mereka.Aku redha dengan takdir yang aku terima semuga aku juga berpuashati dengan jawapan yang ku berikan kepada Nabil dan Nabil pun berpuashati.

Monday, April 5, 2010

kawan lama

Menyusuri kehidupan melewati batas batas usia emas inimengajak dakumengenang kembali keharmonian hidup di kampung. Suasana desa yang pernah ku rasakan ku hirup udara paginya adalah jauh berbeza dengan suasana di sini. Dinginnya air perigi,kokokan aym mengejutku dikala subuh,kicauan burung sesegar anggerik desa yang menyapaku dikala kaki melangkah kesekolah. suasana malam yang tenang teringat ku di kala musim kemarau kami akan berlumbalumba pergi ketali air untuk mengambil wudhuk sambil emak bercerita tentang bintang, awan dan bulan.Kami amenyaksikan keindahan awan yang kadangkadang seakanakana bentuk ikan. bunga dan bermacam-macam lagi.

Suasana di sini amat berbeza .Aku hampirhampir tidakmengenali corak corak abstrak di langit biru lagi. Kekadang terdetik kilauan kesyahduan jauh dilubuk hatiku.
Kami hidup dengan penuh keharmonian.Aku bebas bermain dan berkawan tanpa rasa gusar .Kami semua saling menjaga hati masingmasing. Teringatku di zaman itu kawankawan sepermainanku kiah,oh ah, hang, sahak,nai dan yang lainlain.KIni aku tidak pernah berjumpa mereka. Masingmasing dengan haluan sendiri.
Menyusuri zaman remajaku.Aku mulai mengenal dan faham erti persahabatan.Baitbait kenangan bersama mereka adalah sebuah nostaljia indah yang tetap tersimpan dikotak memoriku.Di mana mereka.Aku jua tidak pernah menemui mereka.Aku dengan duniaku mereka entah dimana.

Kini diambang usia emas,aku mula merenung,menilai,menyusuri baitbait nostaljiaku.Apakah aku masih berpeluang berkongsi cerita kita dahulu wahai kawankawan.Bertemu rakan sekolah dikenduri syukur mengajak aku berfikir semula alangkah baiknya kalau aku dapat bertemu mereka semula.Mungkin di alam mayapada ini atau mungkin juga akan bertemu kembali di alam sana.

Wahai sahabtsahabat ku ,ku doakan semuga anda semua di dalam pemeliharaan Allah jua.
Amin.

Friday, March 5, 2010

tumbuh mekar

SEbelas tahun bersamamu adalah suatu tempoh yang agak lama. Permulaan perkenalan denganmu aku merasakan yang aku amat terpinggir.maklumlah Kau yang baru meniti dibayangi oleh kaderkader yang sealiran.

Tahun silih berganti.Sikapmu masih samarsamar.Wawasanmu kadangkadang agak tidak terjangkau olih tangan kurusku yang tidak cukup panjang ini.Aku masih mencari cari apakah motif disabalik keberadaanmu.Sebagai si kerdil aku merasakan amat sayup renungan mata ini untuk menerobos ruang paling dalam di lubuk hatimu.

Berbilang kerenah beriringan dengana berbilang minggu aku mula belajar mengenali,menjiwai,menyisip mencari sekelumit ruang yang ada untuk menempatkan diri ini di hatimu.Pernah rasukan ablasa meminta aku menerjah keluar dari ruang yang ada.Pernah terdetik di sanubari ini mendiamkan diri,tetapi tautan hatiuntaian kasih telah terjalin diantara kau dan aku.Aku masih merelakan diri ini bersamamu .Aku mengerti dirimu jua adalah hambaAllah yang baharu.Setiap yang baharu pasti ada kekurangannya dan aku jua terlalu banyak kelemahankelemahan yang tidak mampu untuk dinukilkan

Aku berdoa dan berharap agar dirimu akan bertambah matang dan terus berusaha untuk mematangkan diri seiring dengan arus globalisasi.
Anggaplah segala halangan dan rintangan yang mendatang itu sebagai cabaran yang wajar di tempuhi.
Usiamu kini seumpama anak kecil yang sedang mekar.Banyak lagi yang perlu kau persiapkan untuk lebih bersedia menghadapi hari remajamu,hari tuamu.
Teruskanlah bersiapsedia .semuga kau akan terus mekar dan mengharumi arena ini.
Buat diriku aku akan berusaha menempatkan diri agar boleh membahagiakan dirimu walaupun hanya secalit tinta,biarkan namaku pernah tercatit di dairy hidupmu.

Semuga dirimu selalu didalam pemeliharaan Allah .Amiin






Semuga dirimu selalu didalam pemeliharaan Allah Jua. Amin.

pagi sabtu yang nyaman

Betapa cepatnya 2010 meniti.kitaran bumi maya pada ini amat begitu drastig denganfenomena alam dan pencerobohan penghuni yang alpa.Kekadang aku lemas meneliti paparan demi paparan yang terbentang saban hari.

Aku sebagai penghuni yang sedang memasuki fasa ketiga kehidupanku.Diambang usia emas ini wajarkah aku masih merisaukan diriku dengan halhal yang diluar ruang lengkuk kehidupan ku.Anak anak sedang membesar,Suamisepertiku sedang mencongakcongak hari pencennya.Ibu sudah semakin emas usianya. Adikadik sudah setabil kehidupannya.
Apa yang masih merisaukan lagi.

Pada awalnya aku merasa risau tentang anak-anak,alam pendidikannya,alam baru yang bakal ditempuhi, apa akan berlaku kiranya aku atau suami menyahut panggilan ilahi sebelum anak-anak habis belajar.

Kegusaran tetap mendatang.Aku berdiskusi dengan batinku sendiri.Apakah layak bagiku memikirkan hal yang belum pasti.Terlalaikah aku bahawa anak-anak dan semuanya ada penjaganya.Belum cukupkah Allah sebagai Penjaga segala urusan.

SEtelah sekian lama merenung dan meneliti ,kini ku dapat jawapannya.
Apa pun yang bakal berlaku adalah atas doaku.Segala apa hasil yang bakal ku tuai adalah berkat kerajinan dan usahaku di samping menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Memelihara.
Aku yakin anak-anakku akan sentiasa mendapat dorongan dari Pemilik dirinya.
Segala urusan hidupku kini adalah diatas perencanaan Ilahi yang benarbenar mantap dan jitu.Tiada nasib baik ,tiada kebetulan dalan hidup ini.Semuanya berlaku atas kehendak Allah subhanahu Wa Taala.

Wednesday, January 27, 2010

Seuntai bahagia

Melangkah menuruni tangga itu aku disapa dengan senyuman si Rose jepun kesukaanku.Sambil aku terus mengatur langkah aku melihat kuntuman okid yang telah mula mekar itu sambil menyucapkan salam padaku.Barisan bunga bakung pink itu telah mula menunjukkan kelayuannya.ooh patutlah sudah seminggu ia mekar dijambangan. Sambil mengidu harumnya anggerik desa yang menumpang di pohon mangga epal yang ditanam oleh ibu mertuaku, ku mengintai rimbunan sireh di celah dedaun puding.Ooh alangkah segarnya dedaun pegaga di celah pepohon cili itu.

Senyumanku masih terukir dibibir bilaku melihat kuntuman bungaraya putih.Wahai si pohon cili kau selalu berbunga,menjelmalah sang cili agar bisa dijadikan ramuan untuk gulai ikan patin.Kocakan si ikan keli itu mengingatkan aku yang tiba masa memberinya makan.Maaf ye si keli aku terlalai seketika.

Langkah terus di atur aku menyusuri pepohon pisang nangka yang sedang berbuah,pisang lemak manis yang sedang mula menunjukkan jantungnya.Berbunga lagi hatiku menhirup aroma serai wangi yang ditanam olih jiranku .Sudah arwah dia sekarang.Akan ku jaga rumpun serai ini.Daun pandan dan daun kesum adalah pohon paling penting bagiku .Almaklumlah gulai asam pedas takkan menjadi tanpa daun kesum.

Terima kasih Ya ALlah kerana mengizinkanku menikmati sebahagian dari kepunyaanmu. Sesungguhnya Suasana pagi itu amat indah di mataku dan aku merasakan amat bahagia seolah-olah pepohon itu berbisik padaku, seolah olah pepohon itu menucapkan salam terimakasih padaku sewaktu ku menyiraminya dengan pancutan air.

Alangkah damainya hati ini seketika.Alangkah bahagia disaat aku menanti kemunculan okid okid yang baru,di saat menunggu berkembangnya sang teratai di kolam kecilnya.
Di saat aku memetik si cili yang berwarna merah.

Nikmatilah hidup ini dan rasailah kebahagian yang telah di kurniakan olih IlaHI dan
bersyukurlah kerana anda masih diberi peluang menikmati hidup ini.

paparan sekrin

Awal januari ini amatlah cepatnye masa berlalu, Masih dengan rutin mingguan berjumpe dr Badiah yang setia mengajar studentnye di hukm.Agak kelamkabut dengan SiAyuni yang benarbenar teruje kene masuk sekolah puteri yang diluar jangkawannya.Alhamdulillah
Hubby bersedia membawa ku menghantar surat rayuan kesuatu daerah asing dan bersyukur
diterima di sekolah agama.Menitis jua manikmanik jernihsemasa mengiringi perpisahan petang selasa itu.Almaklumlah si yuni selalu menjadi temanku dan yang ketara kehilangannya adalah si adik.

Program bualbicara petang itu amat mengusik mindaku.Sudah agak lama kamitidak bertemu dan ku melihat temanteman seperjuangan dari sudut yang berbeda beda.Paparan di sekrin putih itu benarbenar menyentuh jiwaku dan aku merenung sejenak apakah ada peluang kedua untukku selepas kehidupan ini.Masih sempatkah aku menjadi seperti Syamir dengan bundanya,Sedangkan aku dengan kesibukan kadangkadang terlalai untuk menghubungi ibu.

Tanpaku sedari manikmanik jernih telah membasahi pipiku yang agak bengkak kesan operation gigi tempohari.Sungguh aku amat terusik petang itu.Sempat ku bertanya pada sang Penciptaku apakah ada peluang lagi buatku.

Ampuni segala keterlanjuranku Ya Robbi.

Thursday, January 7, 2010

kenduri ARA

Kenduri kahwin.

Kita kene rancang awal ni bulan 6 dah dekat .
Mana nak siap bunga telur,door gift lagi,bilik pengantin,jamuan untuk tetamu dan macam2 lagi hal.

Agak2nye berapa nak budget ye. Dulu masa kak long adalah dalam 12k. Wow itu harga 4 tahun lalu sekarang bawang seguni dah 22.
Apa kata kita buat high ti saja tak payah masak nasi baryani .Lagi pun yang penting akad nikahkan. Kita buat akad hari kamis malam jumaat jemputan dalam 50 orang saja sabtu ptg buat high ti atau akad sabtu t hari ptg jamuan.

Apa menu jamuan tu kita buatlah mee jawa ke mee rebus ke. lontong,kuihmuih n bubur. adalah gerai cendol n gerai ais kerim.Mak usu boleh buatkan cream puff,cup cake mala boleh buat,kuah laksa nani punye sedap.Nasi impit kita buat awal pun x per. Kuih macamane . Kita order je kat anis hujung tu.
Bagaimana dengan makan berinai ada tak, itu kita buat la tapi tanye pengantin dulu dia nak tak kalau tak nak tak payah buat.pelamin macamana.itu pun kita tanye pengantin dulu.

Perbincangan masih tergantung .Itu baru saranan dari si ibu. Belum tanya si bapa lagi. Pak usu macam biasa riaksi pertamanya senyum.

Itulah yang perlu di fikirkan dan di bincangkan buat kenduri bukan satu perkara mudah. pengalaman yang lepas banyak mengajar aku. Siapa yang hendak diharapkan.Kakakkakak dah berumur dah tak larat nak menolong,anakanak buah semuanye dengan kerjaya dan hanbag masingmasing(anak kecil).Rasanya kenelah uruskan sendiri walaupun semasa kenduri mereka kitalah yang bertungkuslumus.

Masa terus berlalu apa yang perlu adalah aku mesti mengejutkan dan terus merancangkan dan mencari saranan agar majlis itu nanti bakal berjalan dengan sempurna dan tidak kelamkabut.Baru ku tersedar kini aku sudah menjadi orangtua.Kakak ada yang telah pergi dulu yang ada pun duduk agak jauh dari kami.
Aku berdoa dan berharap agar Allah swt terus memberikan rezeki kesihatan badan buatku dan dapat mencurahkan bakti ku buat kelangsungan majlis itu nanti.

Tuesday, January 5, 2010

adakah

Di ambang LIMA PULUH

ADakah anda telah mempunyai suami

Adakah anda telah mempunyai anak.

Adalah anda telah mempunyai kerjaya

Adakah anda telah mempunyai cucu yang ramai.

Adakah anda telah selesai mencari harta.

Adakah anda telah selesai menunaikan segala janji dan amanah

Adakah anda telah bahagia.

Adakah anda telah menemui cinta sejati anda.

JAWAPANnya ada dalam diri anda sendiri

Tetapi;

Kita bukanlah seorang yang perfect,Jadi sentiasalah menilai diri kita

perbaikkilah kelemah diri, sentiasalah muhasabah diri

perbanyakkan istigfar.

dari seorang teman

Hatim yang ku kenali adalah seorang yang mudah di ajak berunding. Sudah lama kami tidak berhubungan. Kali terakhir ialah selepas ia melahirkan anaknya yang ke tujuh beberapa tahun yang lalu.
Pertemuan di jaya jusco w maju baru-baru ini mengembalikan nostaljia lama. Biasalah zaman it sekarang,kamibertukar e mail dan ape ape jer lah.Bila ku menceritakan yang aku kini menulis waah gembiranya hati Hatim.

Suatu petang dia mengajak ku keluar minum, biasalah restoran Taqwa memang tempat lepak kami dari dulu. Kamibertukar tukar cerita. Darihal anak ,suami ,kerjaya dan ape ape saje. Memang kami selalu berkongsi apa saja,tetapi setelah dia mengikut suaminya ke miri kami telah berputus hubungan.Syukur sang suami si hatim dapat bertukar semula mengajar di uia gombak.

Aku bertanya tentang kehidupannya sekarang.Dia sebenarnya sedang dilanda ketegangan dek perbuatan jirannya.Dia bercerita tentang perangai segelintir jirannya yang agak kurang menyenangkan.Semasa dia baru baru tinggal di kawasan itu suasananya agak tenang, tetapi baru baru ini ada seorang penghuni baru yang agak pelik sedikit tingkahlakunya dan amat tidak menyenangkan katanya. Pada awalnya Hatim tidak kisah walaupun agak kecil hati dengan perangai mereka itu. Yang memelikkan ialah sikap penghuni baru itu yang seperti merasakan bahawa dialah bos di kawasan itu. Kereta tidak boleh bunyi terlalu kuat, anak anak yang sedang bermain tidak boleh melalui kawasan sekitar rumahnya, sehingga adakalanya kene siram dengan air dengan alasan hendak menyiram bunga.Pokok buah-buahan janganlah hendak berkongsi malahan yang dirumah jiran pun dikatanya dia yang punya. Cerita hatim seterusnya di hadapan rumahnya ada sebatang pokok mangga. Memamg sudah namanya rezeki semenjak hatim pindah ke situ pokok mangga itu tidak berhentihenti berbuah dan pada tahun ini amat lebat sekali. Semasa musim buah yang lalu di lorong rumah hatim itu akan dibuat jamuan makan seperti kebiasaannya setiap tahun.Sehari sebelum majlis itu berlangsung jiran dihadapan rumahnya telah meminta pada hatim untuk menjolok buah mangga tersebut dan beramai ramailah mereka menjolok buah tersebut.

Selang tidak beberapa lama kemudian tiba tiba dengan suara yang kuat dan memekik seperti suara keldai tua si penghuni baru tadi menjerit mengatakan yang buah itu adalah haknya kerana ditanam oleh bininya dan menyuruh tebang saja pokok mangga itu.
Hatim terkejut dan tertanya tanya tetapi tidak menjawab sebab hatim berasa apa gunanya melawan orang gila.Tanpa disedari tibatiba datang seorang tua yang tinggal di hujung jalan itu dan memarahi si penghuni baru dan mengatakan Siapa kau nak halang mereka memetik buah itu.

Keesokkan harinya semasa majlis itu berlangsung hatim yang masih terkejut telah di datang olih seorang tua kampung itu dan mmengatakan jangan dilayan sipenghuni baru itu sememangnya ada sijil dari hospital mental.Ruparupanya pada petang hari semasa hatim keluar kemajlis marhaban makcik tua itu telah dipanggil datang olih sipenghuni baru tadi kononnya hendak mengadu perihal mangga tadi. Sudahnya sipenghuni baru itu yang dimarahi olih makcik tua tersebut.

Selepas peristiwa itu hatim melihat sipenghuni baru seperti malu hendak keluar rumah.Rumahnya sentiasa tertutup dan hatim seperti biasa buat tak tahu saja dan menyerahkan segala urusan di tangan Allah swt kerana hatim tahu baik dirinya , si penghuni baru dan pokok mangga itu adalah kepunyaan sang Maha Pencipta.

Begitulah cerita hatim dan aku terfikirfikir apalah yang ada di dalam benak orang itu.Apakah kerana tamak sehingga hilang nilainilai tatasusila keharmonian hidup.Apakah yang di cari dalam hidup ini.Aku memeluk Hatim dan melihat titisan jernih di pipinya yang masih jelita walaupun di ambang limapuluhan dan mendoakannya agar terus berusaha dan berdoa semuga kehidupannya lebih baik dihari mendatang.