Tuesday, November 24, 2009

selingkar kisah

Boleh tolong tak .Jari kak nab tak boleh bengkok ni.Tetapi aku menolak dengan baik kerana beberapa hal di awalnya.Mungkin kerana aura yang kuat antara kami aku menziarahinya juga. Melihat caranya memang kesakitan itu amat terasa. Suri telah mengurut di awalnya dan aku hanya menyudahkan.Alhamdulillah kak nab lega akhirnya.

"Jom ada patient kat keramat wangsa" Nun dihujung talian kak nab berbicara. Esok petangnya ku redah hujan lebat untuk menolong patient yang sakit di kakinya.

Begitulah rutin ku kiranya ada panggilan.Aku walaupun agak penat tetapi merasakan agak bersyukur dapat menolong segelintir kawan-kawan yang mengharapkan ketegangan yang mereka rasakan dapat di kurangkan atau dihilangkan.

"Boleh buat facial tak" Kata ina.Wah ini suatu bidang yang baru ni. Pertemuan dengan Ms Kaur di Azimuth Centre sebenarnya telah agak membuka mindaku. Mengapa tidak ku masukkan pakej ini sekali dalam bidangku."Berapa agaknya yang diperlukan, product dan barangan lain". Tanya Hubby petang itu memberikan suntikan baru buatku.Memang selama ini hubby seorang yang tenang bila isu isu begini ku utarakan.

"Boleh tak tolong urut anak akak" ,anak kak baru empat hari bersalin.
Pinta kak yani. Pagi semalam aku berjumpa ana yang ruparupanya berjiran dengan anak muridku yang juga kawannya. Kecilnya duniaku ini. Pusingpusing ketemu orang yang saling berkait.

Pertemuan dengan Ooi adalah suatu yang tidak pernah ku duga walaupun aku selalu berangan . "Kak im nak buat gigi palsu tak,ni ada student ukm nak buat project". Aah ini peluang atau hadiah dari Allah.Aku mengajak kak ton yang ternyata memang berhajat sangatsangat.Kami pergi ke ukm menaikki Metro. Kira ok lah dan ternyata Ooi yang berlainan bangsa dan budaya amat disenangi perwatakannya. Mesti Hanan suka jumpa Ooi bisik hati kecilku.Dia menemaniku hingga selesai dan pada pertemuan kedua yang menyeronokkan si cute Nadya dapat membuat tampalan Percuma walaupun pada awalnya si manis ayu dan di manja mira yang berangan untuk mendapat tampalan gigi.

Hidup ini adalah ketentuan Ilahi. Memang segalanya diaturkan oleh Ilahi.Aku yang membayangkan akan mendapat cabutan di sebelah kiri ruparupanya dikanan ku yang hilang.Yang membuat aku tergelak bila doktor Anith Farhana kata puan tak boleh makan panas,makanan yang keras, tak boleh guna geraham, sudahnya aku kelaparan hari itu hanya menjamah roti telor bersalut gula di rumah may di sungai Buloh.

Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha buat Maryam di Kelantan.Hanan are you happy di rumah baru good luck for you my dear you are my lovely doughter. Buat Mawad Umi rindukan mu selalu Raya ni kurangla tenaga yang menolong umi masak juadah,nenek akan datang rumah kita .YES.

Monday, November 9, 2009

Lewat malam

KLIA adalah tempat tumpuan ribuan manusia berbagai status.
Ragam manusia dengan penuh gaya,citarasa dan harga diri boleh diterjemahkan disitu.
Menanti waktu untuk melepaskan permata hatiku adalah suatu tempoh yang amat berat untuk ku terjemahkan dengan untaian katakata.

Melihat pergerakan manusia yang sibuk dengan urusan sendiri. Ada yang berlari lari, ada yang mengesat pipi tuanya,ada yang memarahi seseorang, ada yang sibuk melayan kerenah anak anak.Tempat itu memang mempunyai seribu satu cerita yang boleh di jadikan panduan dan menimbulkan keinsafan.

Anak anak kecil berlarian, si aliya kecil berlari kearah Baby boy membuat kami semua merakamkan lensa kamera ke arahnya. Soerang ibu yang kurang sihat tersandar di kerusi menghantar anak perempuannya yang akan menyambung pelajaran di bumi ambiya.
Datuk yang jauh dari sempadan Perak dengan rasa bangganya berkata padaku "Saya mai antak cucu pi belajak kat Mesir" katanya dengan loghat perak pekatnya.

Melihat gelagat krew Imigresen yang agak mencuka, mungkin kepenatan, membuat kami agak cuak tetapi doa mendahului segalanya.Alhamdulillah luggage melepasi timbangan. Syukur.

Lewat tengahmalam itu di kaunter B kami melihat beberapa wajah pilu menyaksikan sebuah perpisahan antara ibu dan anak,adik dan kakak ,anak dan ayah.Sang isteri dan Suami dan kekasih dengan kekasihnya.Saling berpesan saling doa mendoakan. Semuga perpisahan ini akan ada pertemuannya kelak.Peluang berkenalan dengan Bada membuatkan hati ini mantap dalam menghadapi situasi genting itu.Apa tidaknya anaknya sepasang di sana dan ini perpisahan kedua mereka.

Melihat betapa jernihnya wajah anak anak yang akan meneruskan perjuangan dan jihad mereka di bumi ambiya itu terasa sejuk hatiku.Semuga anak-anak itu akan terus diberi perlindungan olih Yang di Atas dan sebagaimana hatiku yang telah meredhakan pemergiannya, kembalilah kau semula ke sini dengan segulung ijazah dan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh anakanak didikmu.Melihatnya menuruni tangga dengan baju dan tudung baru serba biru itu membuatkan hatiku terasa pilu dan sayu,Cepatcepat ku tolak troli untuk mengelakkan butiran butiran air jatuh dipipi dinginku.

Pergilah wahai penyejukmataku,semuga kenangan bersama selama tiga bulan ini akan sentiasa kau layarkan dikotak mindamu,Ibu doakan semuga dirimu sentiasa didalam pemeliharaan Allah selalu.

Thursday, November 5, 2009

suatu situasi

Antara perilaku yang boleh membuatkan anda naik darah

Anda sudah bangun seawal pagi,menyiapkan sarapan
sarapan tadi hanya di pandang sinis oleh orang orang yang melihatnya.
Adakah sarapan anda kurang menarik atau kurang sedap di mata orang lain.

Anda sudah lewat ke pejabat dan terpaksa membuat u turn di jalanraya yang
sibuk dan balik ke rumah kerana terlupa mengunci pintu belakang,tibatiba
anda tertekan alarm kancil anda secara tidak sengaja dan jiran anda telah
memakihamun anda kerana kesilapan itu dan menyindir anda dengan kata kata
cukup membuat telinga berasap.

Baju anda terkena ink pen di bahagian belakang kerana kecuaian pembantu rumah
untuk mengelakkan malu ditegur kawan di sekolah, anda mengambil beg yang baru
di beli oleh kakak anda dan anda dimarahi oleh kakak kerana memakai beg
barunya.

Anda dimarahi oleh bos anda sedangkan kesalahan itu bukan anda yang melakukan
nya dan mengugut untuk memotong gaji anda hanya kerana cleaner telah menukar
posisi susunatur mejanya.

Anda menempah baju di sebuah butik, sewaktu anda mengambil baju tersebut baju
yang berwarna hijau lembut telah bertukar kepada biru kundang.

Pokok pisang yang anda tanam telah berbuah dan anda ternantinanti untuk menik
mati buah pisang yang masak bersama family tibatiba buah itu telah dicuri oleh
jiran anda.

Anda amat sibuk hari itu kerana ada kenalan lama yang akan menziarahi anda
tibatiba kucing jiran anda telah mengotori sofa anda dengan harumannya dan
semua anak anda tidak mahu menolong anda membersihkannya.


Hidup ini hanyalah sebuah ilusi.
Dunia yang fana ini tidak akan kekal
Wajarkah anda marah atau naik darah.
Sifat siapa yang patut anda tonjolkan.
Ambillah dan jadikan ASMA UL HUSNA sebagai guardline hidup anda.



Beristigfarlah banyak banyak .

Wednesday, November 4, 2009

Bahagia

Apakah anda sudah Bahagia.

Bahagiakah hidup anda jika :

1.mempunyai Rumahtangga yang serba lengkap.

2. Mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan anda.

3.Mendapat suami yang anda amat cintai dan benar benar mencintai anda.

4.Sudah mendapat jumlah anak seperti yang anda jangkakan.

5. Hidup di kejiranan yang harmoni.

6.Anak-anak yang menurut kata
7.Mempunyai status dalam mesyarakat sekitar kejiranan anda .

8 Punya masa untuk pergi kemana sahaja yang anda mahu.

KITA LIHAT !

Berapa ramai orang yang telah punya segalanya dalam hidup ini yang hidup sendiri. ADa yang bercerai setelah hidup bersama lebih 30 tahun.Ada yang anak mereka terlibat dengan gejala sosial.
Bermacammacam lagi masalah yang sebenarnya ada dalam hidup ini.

Kenapa kita tidak belajar menerima seadanya hidup ini. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah kita terima. Udara yang kita sedut saban masa itu adalah suatu nikmat yang amat berharga buat kita. Kenapa perlu melihat orang lain lihatlah ke dalam dirimu sendiri.

Nikmat iman yang telah dikurniakan ilahi adalah nikmat yang hakiki.
Hargailah apa yang ada pada dirimu. hayatilah hidup ini dengan penuh rasa syukur. Mungkin kita telah ditakdirkan untuk menjadi seperti Khadijah yang mendapat kasihsayang suami atau Aisyah yang mndapat cinta suami.Bagaiman kiranya kita memang telah ditakdirkan menjadi permaisuri Asiah atau juga Seperti Isteri nabi Ayyub.

Semuga kita tidak menjadikan diri kita seperti isteri nabi Nuh dan Nabi Lut sudahlah.

Terima kasih Ya Robbi kerena masih memberi daku peluang untuk terus menghargai kehidupan ini.Teruslah membimbing daku agar nikmat iman yang tela hamba terima ini kekal di dalam ruang lingkup hidupku.

Anak anakku terimalah ibumu seadanya. Ibu tahu anak-anak lebih tinggi ilmu akademiknya berbanding ibu yang telah dimamah usia ini. Memang ibu telah lama makan garam tetapi garam yang ibu makan tidak sama masinnya dengan garam yang anakanak makan.

Wahai anak-anak semua.Belajarlah cara dan adab bila bercakap dengan ibu mu. Pilih dan pikir dulu perkataan demi perkataan yang akan kau lontarkan kepada ibumu. Pandanglah wajah ibumu.Walau seburukmana wajahnya itulah ibumu dan tetap termaktub sampai akhirhayatmu itulah ibumu.Ingat setiap anak hanya ada seorang ibu yang melahirkannya.Selamat mnjalani pepereksaan buat maryam di uia.Good Luck.

Saturday, October 31, 2009

Basikal abah

Musim Kemarau tiba lagi.Seperti biasa di hari cuti hujung minggu adalah hari yang paling sibuk buatku. Menolong ibu menoreh getah adalah rutin tiap minggu.Sekembalinya dari kebun setelah berehat aku dan kakak bersiap untuk membasuh pakaian sekolah dan kasut.
"Kak kita nak cuci kat mana ye " tanya ku pada kak jah.Kak jah yang agak chubby selalunya di tugaskan menjaga adik dan menyiapkan sarapan. Sekali sekali aku menjeling wajahnya. Kulitnya yang putih menampakkan lagi keayuan wajahnya. Walaupun kami hanya berbeza tiga tahun tetapi aku yang bertubuh kurus dan berkulit sawo matang agak berbeza jika di bandingkan dengan wajahnya yang agak cerah.Ratu kampunglah katakan.

"Minggu lepas kat sungai ,apa kata kita pegi cuci kat kolah di sekolah, kak tengok airnya banyak lagi ". Jawab kakakku dari atas rumah."Perlahanla sikit suara tu kan adik wawa tengah tidor, terjaga karang terbantut program kita" jawabnye bersahaja. Memang adik wawa ni agak kuat menangis dan kalau sudah menangis payah nak pujuk, satu kampung boleh dengar .

Dengan basikal tua abah kami bertiga , bersama adik am pergi untuk mencuci pakaian.
Memang sudah menjadi tabiat kami bila menaikki basikal kakak akan mengayuh dan aku menjaga hendlenye, sementara adik duduk dipalang basikal. Sampai di kawasan sekolah aku bertanya "kak nak belok kiri ke terus". Terus jawab kakak.Aku pun buat biasa sahaja tiba tiba, betul betul dekat tembok batu penjuru sekolah itu kakak memegang hendle basikal dan membelok.
"Aduh!" Jerit adik.Kami tergolek dengan basikal dan baldi yang kami sangkutkan di hendle basikal tadi pun tercampak."Kak ape ni tengok apa dah jadi dengan basikal abah ni" jeritku sambil mengelap pasir dan debu tanah di lenganku.
"Ya Allah apa dah jadi ni! Kami menggigil ketakutan sambil menuntun basikal balik kerumah.Dalam hati nak juga ketawa tapi marah pun ada juga.Aku terus mengheret basikal yang telak rosak tadisambi memanggil ibu dan menunjukkan tayar hadapan basikal tadi. Mak ketawa berdekah dekah sampai mengalir airmatanya."Mak tak tau nak cakap ape tapi kau tunggulah nasib kau bila abah balik karang".
Kami menunggu abah balik dari mesyuarat pekebun kecil di bandar dengan penuh debaran. Kain tidak jadi di cuci dan kami mengambil jalan sendiri. Masingmasing mendiamkan diri. Kakak memilih untuk menutup badannya dengan selimut tebal dan aku memilih ibu mengikut ibu dengan harapan tidak mendapat habuan dari abah.Abang ku suruh jadi spy bagi tahu kalau terdengar bunyi motor abah.
Masa yang di tunggu telah tiba , abah telah pulang kerumah. Ibu dengan cepat menyediakan minuman dan cekodok ikan bilis. Tiba masa abah ke bawah rumah , "Haa sape punya kerje ni!". Ni mesti kerja budak budak ni."Siti Jah mari sini"!"Laung abah. Mana budak budak ni. Apa lagi tanpa banyak bicara kami mendapat habuan masingmasing .Teruk aku dan kakak kene belasah petang itu.
Abah memang sayangkan basikalnya itu tetapi kami bukan sengaja . Puas aku meminta ampun tapi semakin aku menjerit semakit kuat tali pinggang itu hinggap di pahaku silapku juga kerana memakai skirt pendek.Ingatkan dengan berlindung di belakang ibu kuranglah aku kene. Berbanding kakak yang menyorok di balik selimut.
Aku berasa sangat kesal iyelah itu bukan salahku, tapi ape nak buat memang aku berada di atas basikal pada masa itu.
Peristiwa itu menjadi gurauan pada kami sehingga sekarang bila masa kami berjumpa, kami ketawa berdekah dekah mengenangkannya. Apa tidaknya, tayar hadapan basikal abah menjadi nombor lapan.

Friday, October 30, 2009

Kenduri

Deringan pagi itu membuatkan aku terpaku sebentar.Balik ke hujung minggu ni, mak buat kenduri sikit.Harapan seorang ibu amat berat untuk ku katakan tidak. Aku tercaricari apakah sebenarnya dairy hujung minggu ku ini. Aku menyingkap ruang memory ku namun belum ku jumpa apa2 lagi.Bersama Kak nab kami menyusuri hulu sungai gombak mencari cari batu sungai untuk dibuat tungku. Memang sungguh besar kejadian Ilahi yang selama ini tidak pernah ku ketahui. Lihat baikbaik batu sungai ni makhluk Allah dan mereka dijadikan berpasangan.Disitu baruku lihat memang wujudnya batu yang berpasangan. Aa ini fenomena alam cetus hatiku tapi siapa yang menjadikan alam.Allahhu Akbar.

Kami bertemu sahabat lama semasa di alamin dulu, Jom kita pegi kursus spa, kata ros best! baru tadi adik ros tel minta carikan kawan. Wah tak jadi aku balik kg ni nampaknya.Beberapa jam kami menyiapkan diri untuk kekursus dan akhirnya bila tahu kursus itu di seremban, husband kak nab tidak mengizinkan kami pergi.Aku agak kecewa, tak pelah mungkin ada hikmatnya.

Menghantar wada yang kukirim ke kampung bersama acik sambil menunggu nedy di terminal komuter memberi aku peluang menghabiskan lembaran demi lembaran Dengan Namamu Aku Hidup karya Tuan guru Nik Abdul Aziz yang telah memberi suntikan baru dalam diriku. Keresahan dihati kerana hubby yang bertugas diluar kota menambahkan lagi terasa sukarnya aku mengurus anak2.Biarlah Allah mengatur segalanya buatku.Aku pasrah Ya Allah !

Lewat senje itu ,Umi tel dari kak intan ! sambil menghulur sony k530i hadiah anniverseryku yang ke 21. Ye sayang, ini adalah bukan intan terdengar gelakan manja dihujung talian. M usu! harap luangkan masa malam esok kita maghrib di rumah, ayah nak buat tahlil. Ya Robbi! ruparupanya inilah penyebab kenapa aku tidak dapat menjawab bila ibu bertanya kenapa tidak dapat balik kenduri.La m usu nak pegi festival nasyid kat picc putrajaya! Terpulanglah, tapi mak usu tak kesiankan ada ke! wah, terasa berdetak hujung jantungku. Mana bisa aku menolak lagi antara keluarga di kg dan intan, aku kene memilih intan, Ini kenduri kawin dan hanya sekali seumur hidup.Intan yang telah kehilangan Ibu beberapa tahun yang lalu memerlukan komitment aku untuk membantu menjayakan kenduri kahwinnya.

Maafkan aku ibu ,aku akan cuba untuk menziarahi ibu di masa yang lain, Bukan aku tidak merindui kakak dan abang ku juga adik2 tetapi jika anda berada di kedudukan saya apakah anda dapat membuat pilihan yang paling tepat.Aku tahu ibu mungkin agak kecewa tetapi hubby juga setuju tak apelah kita balik kg lain kali saja ,abang Arif memang dari minggu lepas lagi dah contact abang ! ujar hubby pagi tadi.

Tuesday, October 27, 2009

Mentor

Sms dari su mengajak daku menziarahi teman sepengajian dan juga mentorku kak hajah Zainab amat mengujaku.Pengalamannya sebagai pengamal urutan Tradisional melayu telah menyuntik semangat baru padaku untuk terus menolong sesama insan yang memerlukan khidmatku. Memanglah ada ketikanya daku agak teruja bila mendapat komen2 negatif dari teman dan kerabat ku tetapi betul seperti kata hubby dan husband su kumpullah sijil dan terus kumpul. Memang daku dan su mempunyai hobby yang agak2 serupa .Su yang ku kenal semasa kursus di kolej komunity adalah teman yang senang di ajak berbincang dan sangat2 open minded.

Pertemuan dengan kak hajah yang lebih mesra di panggil kak nab adalah penuh dengan suasana mesra dan kami bertukar2 idea dan saranan.Rindunya dengan kawan2 se angkatan di seminar seminar ,apa kabar mereka agaknya.Semuga mereka berada di dalam lindungan dan pemeliharan Allah jua selalu.

Agenda selepas ini ialah kami akan pergi mencari batu sungai untuk di buat tungku sebagai bahan untuk rawatan kepada pesakit.Seterusnya kami akan pergi menziarahi cikgu Roslan . Wah bersemangat sungguh kak nab untuk terus membimbing kami. Daku rasa bertuah di beri peluang Allah bertemu kak nab.

Meninjau halaman kak nab yang penuh dengan tanaman herba memang benar benar membangkitkan semangatku untuk terus berusaha.

Sms dari fidah meminta untuk mengurut kakinya sekejap tadi ok sambung pada episod akan datang.

Thursday, October 15, 2009

suatu cerita

Agak lama memencilkan diri syawal tinggal penghujungnya.
Begitu saratnya peristiwa demi peristiwa yang berlaku bagaikan menanti untuk di rungkaikan.
Anak2 sibuk dgn examnya ayu berdebar menanti upsr, nadiya cute baru jer melepasi ujian pmr dan ila masih bertarung untuk spmnya.Diriku seperti ibu2 yang lain selalu mengharap dan berdoa agar anak2ku di beri keyakinan dan redha dengan apa jua keputusan.
Pemergian ramadhan amat terasa bagiku kerana aku tidak pasti ramadhan akan datang aku masih berkesempatanuntuk menikmati keindahannya.Apa punsesuatu yang tidak pernah ku lakukan telah dapat ku tunaikan setelah bertahun2 aku berdoa agar dapat melakukannya. Alhamdulillah.
Hari ini genap setahun nenekku menyusul saudaramaranya di alam sana.Terasa sayu hati ini semalam bila ku terjumpa gambarku bersamanya beberapa tahun lepas.
aku kini hanya ada ibu yang masih boleh di ajak berbicara.Aku berazam untuk terus membahagiakan ibuku.Oh ibu terima kasih kerana telah melahirkan ku.

Mengikut suami melawat tempat kerjanya di jerantut menyadarkan aku tentang erti
sebuah persahabatan. Baru saja mengenali seorang ibu yang berniaga di pasar tani ia mengajr aku tentang nilai sebuah perniagaan yang disertakan dengan bersedekah. Agak tersentuh hatiku bila ibu tua itu dengan begitu baiknya memberikan aku buy one free one sehingga si kina pun terkejut umi ada lagi rupanya peniaga yang baik macam nenek tu !

Monday, August 24, 2009

ramadhan

setelah sekian lama menanti akhirnya ia muncul lagi .
Menghadapi suasana ramadhan agak gusar dihati dengan keadaan kesihatan anak2ku kurang menyenangkan. Suhu badan mendadak mencapai 40darjah menyebabkan suasana berbuka jadi kelamkabut.Bagi memastikan mereka selamat dari serangan virus kami ke hspital serdang dan akhirnya berbuka di mesjid nilai. Anak2 masih belum kebah hari ini si comel adik pula mendapat gilirannya.Anak2 yanglain pula ada yang mengadu sakit kepala, lemah badan dan macam2 lagi. Aku sendiri walaupun aku mengalami simptom yang agak sama tetapi aku tidak mahu anak2ku tahu aku sedang melawan virus itu. Ku gagahi jua untuk bangun menyiapkan sahur kerana jika aku telat, maka tiadalah makanan pagi itu. Pada siapa hendak mengadu.Aku mesti kuat dan ku pujuk hatiku sendiri. Akhirnya selepas subuh tadi ,merembes jua manikmanik jernih lewat Ar Rohman. Pada siapa tempat mengadu kecuali padamu Ya Robbi.Membaca baitbait terjemahan ayat itu benarbenar meruntun jiwaku. Semalam di ruang sempit surau itu aku terbayangkan kelibat arwah kakak iparku. Dia yang suka berada di sof depan di tepi tiang. Kenangan bersamanya masih segar di ingatanku. Saban tahun kami berterawikh bersama, melihat senyumannya, melihat wajah tenangnya, hilang kepenatan seharian. Kini segalanya hanya kenangan. Aku melihat kelibat anak2nya tetapi aku tidak dapat menuturkan suarahatiku kepada mereka, yang aku teringat ibu mereka. Biarlah hati ini berbicara sendiri.semuga kau tenang di alam sana kak.
Setiap dari kita akan mengalami berbagai peristiwa dan itulah yang mewarnai kehidupan kita.Satu hal yang pasti kembalikanlah segalanya kepada Yang Maha Pencipta. Serahkanlah segala urusan hidup ini kepada yang di atas.Bila mana kita telah pasrah dan menyerahkan segalanya kepada Yang di Atas sana , ketahuilah kita akan merasai kedamaian hati dan ketenangan yang abadi.
Aku jua pasrah dengan keberadaan diriku ini. Walau bagaimana pahit untuk di kecap,akutahu hanya Dialah yang memiliki segalanya .Diriku ,anak2 dan dan hatiku sendiri.
Doa dan pintaku semuga apa yang ku minta dan ku pohon akan termakbul diramadhan kali ini.

Tuesday, August 11, 2009

malam 8 Ogos

malam itu amat sibuk sekali.Aku keklia utk menjemput anakku yang akan menghabiskan cuti musim bunganya bersama kami. Ku meminta anak sulungku yang agak kecewa tidak dapat turut serta untuk menghadiri kenduri arwah rutin tahunan family sebelah ayahnya.
Kami keluar agak lewat menurut jangkaanku, tibatiba hubby melencong singgah di tepian r n r lapar katanya. Aku sendiri sebenarnya lapar, tetapi selagi tidak melihat anakku tiba terasa kenyang perut ini. Ku capai jua nasi yang dihulur hubby sedap katanya. Kami tiba sekitar jam 10 mlm ,ternyata kterbang delay . Dalam kegairahan menunggu aku tercari2 seseorang, aku tidak pernah bertemunya tetapi naluriku menyatakan pasti dia datang. Aku merapati seorang yang agak sebaya kakakku mungkin dialah orangnya. Benar telahanku memang dialah ibu kepada kawan anakku. kami tidak pernah bertemu namun cerita tentangnya selalu ku dengar lewat anakku. Kami berdakapan dan kami bertangisan dalam penuh debaran menanti kemunculan anak kami.
Seorang demi seorang muncul dari pintu kaca kami terus menanti dan akhirnya nun dihujung talian aku berasa lege bila kedengaran suaranya.Umi sekejap lagi baru dapatkeluar tunggu ya! Syukur pada Allah dah sampai juga,getus hatiku.
Aku tertanyatanya maklumlah telah kuranglkebih 10 bulan kami tidak bertemu.Kuruskah gemukkah dia. Aku sempat berkenalan dengan seorang ibu dari segamat yang sedang menunggu anaknya yang telah tamat pengajian. Ibu itu dengan rasa bahagianya mkenceritakan yang tiga orang anakkya lulusan Universiti AlAzhar ,yang sulung seorang Kadhi di negeri kelahiranku di selatan, yang kedua seorang guru, ini yang ketiga dan adiknya sedang menunggu untuk ke sana juga tahun hadapan. Aku terlihat sinar kebahagian di wajahnya kerana anak anaknya berjaya.Aku membayangkan Semuga anakanakku jua akan menjadi anak anak yang boleh membahagiakan ku di masa hadapan. Akhirnya anakku muncul di pintu itu aku mendakapnya dan barulah aku tersadar yang ini bukan mimpi,dia benarbenar berada dihadapanku.
Kami pulang lewat jam satu pagi. Setibanya dirumah anakku baru sampai dari menolong mengemas katanya.Saling berebut membuka beg, menunggu oleh oleh yang dibawa. Masingmasing mendapat jubah. Untuk si kecil adik mendapat dua helai jubah wah cantiknya adik punya! kata salah seorang anaku. Itulah rezeki adik kataku adik memang murah rezeki selalunya. Untuk ayahnya di belikan sebuah beg kulit ,juga untuk pakcik roslan se utas tali pinggang dan sehelai tudung untuk makcik animnya. Ada juga coklat dana buahbuahan untuk kami.Setelah selesai barulah aku sedar betapa laparnya perutku.Aku makan lauk dari kenduri tadi bersama anak anak dan waktu pada ketika itu adalah sekitar jam tiga pagi. Akhirnya aku merebahkan badanku bila jam menunjuk ke angka empat pagi.

Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang bertemu anakku.Aku bersyukur kerana dia telah selamat sampai.Terasa basah pipiku semasa aku sujud syukur pagi itu . Aku berharap semuga peluang yang aku terima untuk bersamanya kali ini akan ku gunakan sebaikbaiknya.Kini semua anakanakku berkumpul kembali, walaupun dalam tempoh dua bulan .Dapatlah kami samasama menyambut ramadhan dan idulfitri kali ini mudahmudahan akan bertambah meriahnya dengan kehadirannya.

Terima kasih Ya Allah .

Saturday, August 8, 2009

Musafir

E mail dari seseorang membuatkan aku tergerak hati untuk memikirkanya sejenak.

Dalam email itu disertakan wasiat dari seorang anak remaja yang telah menemuinya Yang Maha Penciptanya. Wasiat itu ditulis semasa dia sedang menaikki kenderaan bersama ahli keluarganya dan helaian demi helaian wasiat itu bertaburan di jalanan setelah kereta yang dipandu ahli keluarganya terlibat dalam satu nahas yang telah memisahkan ruh dan jasadnya.
Aku berasa sungguh syahdu dan terharu dengan wasiat yang ditulis olehnya yang diantara lainnya berpesan supaya kita mencintai Allah dan Rasul dan Dia amat menyanjungi bapanya yang amat di kasihi.

Aku teringat dan terfikir semasa kita sedang berkenderaan brsama anak dan keluarga.Apakah yang sedang kita fikirkan. Saluran radio mana yang berkumandang,lagu ape yang sedang kita dengari.Apakah yang sedang dilakukan oleh anakanak kita semasa kita sedang memandu.Mereka tidur dan tahutahu sudah sampai ke destinasi atau bergaduh merebut aircon di bahagian tengah.Bagaimana sikap kita sebagai pendamping pemandu. Turut sama tidur atau mengamuk kepada pemandu pemandu yang lain.

Pernah sekali aku bermusafir, bersama di dalam keretaku seorang anak remaja dalam lingkungan umur sekitar belasan tahun. Sepanjang dijalanan mulutnya tidak berhentihenti berbunyi.Pada awalnya aku ingatkan dia sedang berzikir ruparupanya sedang mengalunkan lagu inggeris yang sudah pasti sedap alunannya tetapi maknanya entahlah.Anak kita bagaimana ye. Apa yang diluahkan semasa bersama dengan kita di dalam sebuah kenderaan.

Didalam benakku kini aku mula mencari cari perbezaan di antara kedua remaja tadi. Keduaduanya samasama remaja, keduaduanya samasama berkenderaan, keduaduanya samasama berTuhankan Allah TETAPI ternyata keduanya amat berbeza dari segi karakternya.

Semasa kita sedang berkenderaan, kita tidak tahu adakah kita akan selamat sampai atau tidak. Semasa kita di atas jalanan sepatutnya kita menyerahkan seluruh jiwa kita memohon pertolongan Allah semuga selamat di dalam perjalanan. Apakah cukup sekadar kita membaca doa naik kenderaan.Jawapannya pastilah tidak.

Sewaktu di dalam kenderaaan sewajanyalah kita selalu berisrigfar, berzikir dan mengingati Allah.

Ubahlah cara kita ,persiapkanlah diri kita,ambillah iktibar dari kisah kisah yang terdahulu, ingatkanlah anak2 kita agar sentiasa berwaspada semasa bermusafir.

Terimakasih Ya Allah kerana masih diberi kesempatan menghirup udaramu melihat betapa cantiknya alam ciptaanMu masih dapat menghirup sedapnya aroma masakan nasi goreng yang dimasak oleh kak long.masih dapatmelihat oked berkembang setiap pagi.

Wednesday, August 5, 2009

Lembaran Baru

NIsfu sya'ban datang lagi.
Dia memang tidak pernah terlupa pada janjinya. Saban tahun ia pasti datang.
Datangnya kali ini jua adalah kerana rutin nya selama bumi ini berputar selama maya pada ini masih ujud.
Aku teringat katakata ustaz, hari ini buku kita akan diangkaT NAIK KE ATAS dan kita akan mendapat buku yang baru.
Ku teringat sepanjang tahun ini segala peristiwa yang berlaku dan terjadi kepada diriku . Ooh alangkah takutnya untuk melihat paparan demi paparan buku itu.
Aku berdoa dan berharap agar catatan demi catatan yang tertulis di buku itu adalah ... hanya Allah jualah yang tahu akan isikandungannya. Aku membuka lembaran dairi yang kadang2 sempat ku isi kadang tidak.Ooh! banyaknya ruang kosong, malah ada yang tidak tertulis langsung.Buku yang di angkat keatas hari ini mesti penuh tidak seperti dairiku yang kosong kan, detik hatiku.

Ampuni daku Ya Robbi,andainya di dalam buku catatan itu tertulis parkara2 yang akan memberatkan timbanganku di suatu arah.
Aku ini amat memerlukan bimbingan darimu Tuhanku.
Semuga Rahmatmu akan sentiasa di sekitar ruanglingkup hidupku.

Hari ini dengan penuh rasa syukur aku mengharap buku yang baru yang bakal aku terima sore nanti untuk catatan setahunku akan penuh dengan catatan2 yang positif penuh dengan catatan yang bisa menjadikan aku penghuni jannatulfirdausi.
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan daku peluang untuk menghirup udaramu.
Terima kasih Ya Allah Yang masih memberi peluang untukku menghayati kehidupan ini.

Sunday, August 2, 2009

hujung minggu

sabtu mneghadiri kenduri teman seoffice hubby dgn penuh semangat aku lunch sedapnya lauk pengantin memang kami sungguh2 lapar hari itu.Dialah yang byk meyadarkan abang kata hubby, dia tu sama kolej dulu tapi kesian sekarang dah jauh tersasar.aku terkejut kerana selama ini hubby x pernah sekali pun bercerita tentang hal ini.itulah namanya lelaki,walaupun aku telah mengenalinya selama 23 tahun rupanya masih banyak lagi yg aku belum tahu tentanng dirinya.Dalam diam aku berdoa semuga hubby akan selalu mendapat hidayah dan taufik dr ilahi.aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Terperangkap dlm jem di kl adalah suatu hal yg amat menguji kesabaran kami umi kita belum zohor lagi kata anakku. ye la doaalah semuga jumpa mesjid atau mana2 musolla terdekat, kami singgah di masjid say abu bakr bangsar. jom kita cari barang,kami hendak mencari kichen hod , jom hanan nak cari almari rengek si kak long kami menyusuri jalan yg sesak dr coket ke kg baru akhirnya jumpe di selayang. hari sudah semakin petang kasihan si ayu yg berpuasa di rumah berkalikali aku memohon maaf padanya kerana terlambat balik.Dengan wajah yg redup sesuai dgn namanya syifa" yg bermaksud penawar memang dia cool shj bila aku menghidangkan ayam panggang kesukaannya.
Ahad bergegas mghantar ayu ke seminar upsr mghantar brg kepada melle di hostel deringan tel terdengar esak tangis di nedy di ujung talian minta datang menjenguknya kerana esok trial pmr. aku hendak mengemas rumah hari ini. Aaah berubah jadual padat ku hari ini. hajat hati hndak mengemas rumah n mmbeli barang sedikittiba2 hubby kata jom tengok nadiya n terus kepesta flora di pjaya, aa ganti balik oked umi yg adik patahkan . 2 tahun aku menunggu oked itu berbunga sedang nak mekar adik terlanggar pasunya dan oked itu patah .nasib baik adik yg patahkan kalau kakak mesti umi mengamuk kata hanan. memandangkan si kecik yg kurang sihat aku diam saje.lalu di iium, x kan x tengok kinah sampai je kinah dah dress up x kan x ajak.jumpe nedy aku biarkan dia berbicara dgn kakak2nya. .akhirnya langsung x jadi ke pesta Flora balik rumah.
Kita hanya merancang tetapi Allah jua yg lebih mengetahui segalanya adakah aku kecewa? oh tidak, sekarang ini aku lebih bersedia kerana aku tahu hidupku ini sebenarnya adalah kepunyaan ilahi. aku lebih redha menyerahkan seg urusan kepada Allah seb pemilik diriku ini. Sebenarnya kta selalu terlupa kita selalu hendak mengatur kehidupan kita kita terlalu mengatur anak2 kita suami kita tanpa kita sadari mereka jua ada pemiliknya kita hanya di beri pinjam utk menjaga dan merasai kenikmatan bersama mereka ,so biarlah Allah yang mengatur segala urusan. buat kita hargailah mereka. terimakasih Ya Allah kerana masih diberi peluang merasai kenikmatan hidup dan teruslah melimpahkan ksayangmu kepada diriku dan anak2ku.

Thursday, July 30, 2009

KEK CARROT

melihat kek yang cantik aku teruja utk memotongnya. hubby berkata buat ape kek besar2 membazir je.aku terkedu. anak sulung ku terteleng keaarah abahnya.
Seharian aku menanti sesuatu dari nya. pagi tiada terucap di kelas nada lagu cinta berdering. jom ketemu ayu ada hal katanya. wah dapat la aku lunch dgnnya hari ini nasi beryani amral sewajarnya favorite kami. di jalanan ku sogokan dah lunch ke oo dah kenyanng member office belanja pulut durian. aah tak apelah. seusai bertemu ayu aku kekantin sek menggambarkan lauk yg sedap aku memilih tempoyak ikan patin meleleh air liurku.sed sambal sadin, bertemunya hubby menyuarakan x de extra ke, aku mmbahagi dua ikan patin satu utknya dan satu utk ku dan berpesan masakla nasi pd hanan dirumah yg bercuti kampusnya ada h1n1. dgn penuh selera aku makan aah sendirian lagi lauk sambal sadin lebih menaikkan selera .aah teringat gulai tempoyak ikan patin kak zariah di kuala krau memang x terlawan.Janjinya jam 6 akan dtg salesman utk menukar waterfilter dirumah, aku menukar kpd hijrah toiyyibah berasaskan tempurung kelapa menukar dr tecno water.Berada di zon nafsu bila dia x dtg dan deringan tel darinya adalah mnmbahkan kegeraman di hati.Akhirnya aku suruh dtg sekarang jam 8 masa itu.
Agak kelam kabut dgn kehadiran sahabat utk meeting mlm itu akhirnya selesai juga di pasang water filter alhamdulillah.Meeting selesai jam 11 malam aku membahagikan kek tadi yg pastinya sedap dan cantik tq hanan umi bahagia sekali.
Abah! hari ni hari ape. abah lupa ke, hubby gelak ,laa 2 hari lepas ingat hari ni lupa,
padanla abah kata pasal kek tadi, kami gelak sama2.
ANdai perkara sep ini berlaku beberapa tahun yg lalu aku pasti kecewa tetapi kini aku tak ambil kisah, aah X de hadiah, x de ucapan pun x kisah yg penting dia masih setia menemaniku, masih balik kerumah kataku pada kak ton jiran ku
Tahun ini aku menghadiahkan diriku sendiri dgn beberapa hadiah dan itu lebih baik buat diriku sendiri.Dan seperti tahun2 yang lalu mmg x kan ada ucapan dari adik2ku,wpun teman yg setarikh dgn ku w hadir malam itu aku mendoakan kebahagiaan buatnya sal i miss u so much dan tkasih pada kengkawan yg hadir malam itu ucapan dan doa dr ibuku tercinta,sahabat seperjuangan dan anak2 yg diperantauan sudah cukup mmbuat aku menyadarimasih ada insan yg lain yg mengingati dan menyayangi daku.

Anda bagaimana? meriahkah majlis anda atau lebih dahsyat dari ku.

Wednesday, July 29, 2009

hadiah di anniverseriku

Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui segala isi hati ku. .
Doaku pintaku saban hari adalah agar ilahi memberi dan mengabulkan doaku.
Sepertimana yang ku lakukan tiap kali diatas sejadah setiap kali hujan turun tiap saat nafasku berdetak aku mengharap agar Allah memberi taufik dan hidayahnya padaku.
Airmata yang tumpah adalah kerana kekesalanku di atas segala kejahilan ku selama ini.
Pergi belajar agama dipsantren itu adalah satu peluang untukku mengenal diri dan penciptaku.
Di pesantren itu aku belajar mencari jatidiri ku aku mencari tuhanku.
Di sana esak tangisku bukanlah untuk menunjuk2 deraian airmata bukanlah sesuatu yg di paksa atau untuk dipamerkan. Tangisan hiba henjutan bahu dek menahan tangisan sesak nafasku adalah lambang kekesalan ku lambang keinsafanku
Bagaimana hendak digambarkan memang tidak dapat tergambar. Semuanya terlakar dalam mindaku ianya bagaikan suatu layaran .
Ianya ibarat helaian demi helaian foto album yanga terpampang di kotak pikiranku.
Terasa jauhnya aku ruparupanya selama bertahuntahun ini hidupku aah tak sanggup untuk merngatakannya.

Panggilan talipun dari kawan lama di malam yang bersejarah itu.membuatkan aku tidak dapat melelapkan mataku. Setiap jam aku terjaga aah adakah ini suatu kebenaran atau hanya suatu gurauan.
. Akhirnya sinar mentari dipagi sabtu yang bersejarah itu pun tiba. Aku menalipun kawan itu dan bertanya adakah ini suatu kenyataan..ya jawabnya. Hubby menghantarku hingga kepesantren esq .setelah mendaftar dan mendapat nametag barulah
Aku yakin yang ini adalah sesungguhnya hadiah dari sang maha pemurah lagi penyayang.
Aku berpelukan dengan kawan ku dan kami samasama menangis. Inilah hadiah, inilah hadiah untuk kita katanya. . selama dua hari aku berada di pesantren itu,aku berusha memberikan kerjasama yang sewajarnya. Aah mikrofon itu datang lagi, doaku di iringi dengan untaian amin amin yang ku dengar dari para sahabat adalah sesungguhnya suatu hadiah buatku. Deraian airmata adalah bukan purapura ia memang datang jauh dari lubuk hati yang paling dalam. Selama 2 hari aku memang terasa benarbenar puas dan aku terasa ringan dimindaku.Airmataku menjadi saksi penulisan visi misi dan nilai hidupku .terasa selama ini aku hanya bermainmain dengan visiku dan aku menulis dan menulis visi ku. Terasa pilu dan payahnya untuk mengenang saat hatiku terluka saat hatiku tersiksa bila bayangan itu dating terasa pedihnya seperti sembilu alangkah pahitnya untuk memaafkan perbuatan orang2 yang pernah menyakitiku tatapi ruparupanya itulah saat aku merasa bebas bebas .

Bila aku diminta untuk membuat pilihan samaada untuk terus hidup atau menyerahkan nyawaku kepaada kawan2 lain. Aku teramat pilu bukan aku tidak sayangkan nyawaku tetapi aku berharap biarlah orang lain menerus misi tetapi adakah dengan mudah untuk menyerahkan nyawaku.ooh tidak itulah yang perlu dipertaruhkan. Dalam hidup ini kita kene membuat pilihan samaada terus dgn agenda atau memilih untuk berundur.
Sekali lagi deraian mutiara menemani ku alangkah pilunya kerana perlu memilih antara hidup atau mati.
Dimanakah pertimbangan ku dimanakah ke telitianku, adakah aku memikirkan orangorang yang hendak di tinggalkan tidak aku tidak sempaat untuk memikirkannya. Saat yang paling genting itu hanya aku yg kene membuat pilihan.
Akhirnya petang ahad pun tiba dan aku keluar dengan hati yang pilu terharu dan bahagia aku pilu kerana akan berpisah dengan rakan2 seangkatanku.
Aku terharu kerana mendapat pengalaman yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini
Aku bahagia kerana di hujung usia ini aku mndpt hidayah jua.Aku pulang dan sebelum pulang aku membeli cendrahati yang akan ku gantungkan di kereta kami . sebagai hadiah untuk kawanku aku menyerahkan buku doa kesayangan ku kepadanya sebagai tanda penghargaanku kepadanya.

Inilah hadiah yang paling bernilai buatku sempena ulangtahun perkahwinan ku
Aku berjanji akan mengamalkan segala yang telah aku pelajari.aku akan berubah aku tahu aku tidak banyak masa lagi aku hanya ada sedikit peluang saja untuk anak2 dan suami umurku sudah semakin meningkat. Ya robbi berilah daku kesempatan untuk mendidik anakku selari dengan tuntutan ilahi Ya Tuhanku aku ingin hidupku ini menjadi rahmatan lil a alamin.
Wahai Yang Maha pemurah lagi penyayang panjangkanlah umurku murahkan rezeki ku agar daku boleh memanfaatkannya kejalan yang lebih baik lagi.
Ameen……………… 1

Tuesday, July 28, 2009

tuesday oo tuesday

bergegas ke klia menghantar adik sefamily bermusafir utk umrah dan ziarah. aku bertemu adik2 n ipar ku. apa ku rasa aa biasa saja ibu yg duduk di kerosi roda aagak sembab kakinya. aku terkedu dgn sindiran sinis adikku kenapa akak x bagi duit utk mak ke mekah . aku terdiam x mnjwb. siapalah aku disisi mereka yg bergaji rata2 4 angka sdgkan nak bg mak pun susah padahal tanpa pengetahuan mereka aku dan suamilah yg menghantar mak ke mekah 22 tahun lalu.balik aku bertemu si cute nadya di sambbst senyumannya mmbuat aku terlupa dgn calitan pilu di klia.terus hubby mengajak ziarah si kaklong di hsptal serdang .wah terasa besar jiwa hubby melihat anak sulungnya kami makan bersama. balik terus dgn rutin ku smbil terngiangngiag sedu pilu tadi. Dalam hendak meletakkan diriku di zon ikhlas aku tergelincir jua dek nafsu yg merontaronta sambil membeli nasi kukus utk si ayu airmataku menitis juga.
Aku memang tidak perlu menangisi peristiwa tadi balik aku terus merawat jiwaku dgn brainwave.wpun agak sukar utk menghayati aku gagahi jua mindaku aku .
aku teringat pesanan uttzh maznah semalam bulan ini kena byk memaafkan dan aku mesti terus memaafkan mereka.
Yes aku perlu bangun
esok adalah hari baru buatku biarla hari ini berlalu.apa yg perlu ku lakukan ialah aku mesti l baik dr mereka buat ape aku menangisi perbuatan mereka baik aku menangisi dosa2 ku biarlah sejadahku yg menjadi saksi di kghalaman ku nanti.
mereka ku serahkan urusan itu pada yang di atas.aku hanya wajar berdoa dan memaafkan mereka.
WahaiSang Maha pemberi kasihsayang limpahkanlah nur cintamu ke dalam hatiku.

Tuesday, July 21, 2009

rabu pagi

hari ini dua anak kecilku berada di rumah masingmasing sikecil munirah tempreture agak tinggi si kakak ayuni terasa ada benjolan di bwh telinganya hai beralihlah program ku hari ini .alhmdulillah si kakak sakinah sdn break blhla jaga adik semntara aku keklas dan menyervis kancilku .aku sbnrnya agak gusar mlm tadi spnjang malam aku menemani si kecil munirah terasa sengalsengal badanku hari ini.sekejap lagi aku seft badannya muga2muga akan kebah sedikit. perluke jpme doktor. aah palingpaling paracetamol yg di beri olih dr sulaiman. tgu lah smpai esok x kebah juga jmpe dr tajudin la jwbnya. di musim2 begini aku sbnrnya agak kuatir jika anak2 demam. muga2 itu demam biasa jer amin.rabu

hari ini lebih baik dari semalam

menjelang usia ku ke 48 ini berbagai dugaan dan cabaran telah ku lalui. dalam meniti usia emas iniaku merasakan aku masih mampu tersenyumsebenarnya.tetapi senyuman itu untuk siapa sebenarnya. hari hari yang berlalu byk meninggalkan detikdetik ngeri jauh di lubuk paling dalam. adik beradikku arwah ayahku ibu ku suamiku anakanakku. masingmasing adalah plot dalam dunia hidupku. kadangkadang terdetuik di hatiku adakah cerita ku ini akan terus membelenggu hidupku sehingga izrail menjemputku. aku tahu semalam adalah hanya cerita esok suatu yang belum pasti hari ini adalah reality.
spt kata anak sulungku umi ni pergi belajar sana sini mghabiskan duit saje. terpana aku seketika meniti butiran air jernih di pipi tuaku. aku tidak sanggup berdebat dgnnya itulah remaja yg hanya mengukur sesuatu berdasarkan iq sematamata. salahkah aku mencari ilmu. ilmu ilahi ini maha luas mmg aku tidak berpeluang kemenara gading sptnya ttp adakah aku tidak layak utk mencari ilmu di tmpt lain.bagi ku mudah saja selagi hubby mengizinkan aku akan ttp mencari dan terus mncari.
terima kasih long ibu bangga dgn kamu cuma jagalah setiap untaian mutiara yang bakal kau hamburkan.pengalaman byk mengajarku ttg erti sebuah perbicaraan.
byk lagi yg belum ku temui dlm hidup ini aku masih belajar ttg rahsia alam aku mahu belajar dan terus belajar so doakan agar aku dapat meneruskan hidup ini dengan penuh rasa tawadhuk kepada ilahi.

Friday, July 10, 2009

my first class at kksel

pertama kali saya belajar mmbuat blog di kkselayang amat menyeronokkan. aku yg x pernah menyentuh komputer akhirnya dapat membuat sendiri blog ku. ianya akan lebih memotivasikanku dalam meningkatkan diri ku memasuki dunia tanpa sempadan tahniah buat diriku.